Sunday, September 20, 2015

SKRIP DRAMA PENDEK 2013 : LELAKI BUTA ITU BAYU



_____________________________________________________________


SKRIP DRAMA PENDEK,2013 :  LELAKI BUTA ITU BAYU 

LELAKI BUTA ITU BAYU

Sinopsis :
Kisah pengorbanan seorang abang bernama Bayu terhadap adiknya bernama Ani yang berusia 15 tahun. Ani penghidap kanser otak tahap 3. Bayu mengambil keputusan mengorbankan organ matanya kepada seorang sahabatnya bernama Hana tanpa pengetahuan Hana. Hana ketika buta juga menyangka Bayu senasib dirinya. 

Watak dan Perwatakan :

Bayu
- Seorang lelaki yang penyayang tetapi tidak menunjuk kasih sayangnya. Seorang yang suka mengaji bersama Al Quran kecil yang dibawa ke mana-mana..Seorang yang pandai melukis. Berumur 25 tahun.
Ani
- Ani adalah adik tunggal kepada Bayu. Lumpuh separuh muka.Penghidap kanser otak tahap 3, sering mengalami sakit kepala dan muntah-muntah. Sering membuat rawatan ulangan ke hospital. Berumur 20 tahun.
Hana
- Seorang wanita buta, anak golongan berada pemilik Resort Damai. Dia menyangka Bayu juga buta. Berumur 23 tahun.
Datuk Helmi
- Bapa kepada Hana, bapa yang prihatin terhadap nasib anaknya. Berumur 57 tahun.
Mak
- ibu kepada Bayu dan Ani, Berumur 53 tahun. Sering menangis melihat kesengsaraan Ani.
Doktor Salma
- Doktor yang selalu merawat Hana. Berumur 33 tahun.
Julia
- Sahabat baik Hana, selalu menemani Hana. Berumur 23 tahun.
Abang Amy
- Pemilik kedai Potret tempat Bayu bekerja di Resort Damai. 27 tahun.



Dialog:

Babak 1
Hana bermonolog sendiri di tepi pantai. Monolog rindunya buat Bayu. (bunyi desiran ombak)


Monolog Hana:

Sesekali ia datang menyapaku, bayu
Bersama setangkai bunga yang hampir layu
Tanpa sepatah kata
Diam seribu bicara
kaku
Seperti ada yang ingin diperkongsikan
mungkin secebis ceritera
tapi ia hanya berlalu
sudah namanya pun bayu
kau sekadar lalu
*******************************
aku rindu bayu...


Julia    : Hana, awak pergi mana? penat tau, dari tadi saya cari awak.
               (bernada risau, sambil menghulurkan tongkat dan  memimpin Hana berjalan)
Hana    : Saya saja jalan-jalan sini ambil angin.
Julia     : Ambil angin ke..cari Bayu, Cik Hana ooi..? Jom la kita balik, nak Maghrib dah ni.
Hana     : Sama je la dua-dua tu..(tersenyum)



Babak 3
Di hospital, Ani di masukkan ke wad kecemasan selepas muntah yang teruk dan pengsan.

Bayu    : Mak,.keadaan Ani macam mana? ( mimik yang gusar,susah hati)
Mak     : Mak takut Bayu, mak tak sanggup tengok adik kamu menderita lagi..dia
              menangis mengadu sakit kepala teramat sangat. Mak ke dapur cari ubat.
              Mak takut Bayu..
              (sambil menangis hiba,terduduk dan tidak mampu meneruskan perbualan)
              Doktor  Salma berjalan ke arah Bayu dan ibunya.
Bayu    : Macam mana keadaan adik saya doktor?
Doktor Salma  : Bayu, Makcik..(sambil memegang bahu ibu Bayu)..
                            harap bersabar ya, Ani memerlukan rawatan susulan,
                            kami terpaksa membuang satu ketumbuhan yang berada di otak nya..
                            Kalau  Makcik setuju dengan pembedahan ni, pukul 11 nanti Makcik boleh
                            ke bilik saya untuk tandatangan dokumen berkenaan
                            pembedahan susulan Ani. Pembedahan ini perlu dijalankan dengan segera.
Mak                 : Tapi doktor..mana Makcik nak cari duit untuk pembedahan ni..(menangis)
Bayu                : Takpe mak, duit kita boleh cari..Bayu usaha carikan duit ya mak,
                            (sambil memujuk ibunya)

Babak 4
Dalam keadaan runsing. Bayu ke pantai bersama Al-Quran kecilnya,
mengadu nasib seorang diri,
tanpa sedar ada yang mendengari.
Tuhan dan Hana.

Jam 5 petang..


Babak 6

Di kedai Potret

Abang Amy    : Awal kau datang harini..(sambil melihat Bayu melukis)
Bayu               : Datang awal pun salah ke bang..nanti saya tak datang selama-lamanya
                          baru tau. (kata Bayu yang punya makna sebaliknya)
Abang Amy    : Tu..lukisan Hana tu, cantik aku tengok..kalau jual RM 150 pun orang beli.
                          Kau tak nak jual?
Bayu               : Tak nak lah bang, saya bagi empunya wajah dalam lukisan tu tengok dulu..
                          kalau dia rasa nak beli, dia boleh beli.
Abang Amy    :  Kau ni mengarut lah..Ada ke patut nak suruh orang buta tengok lukisan kau.
                           (sambil menyusun lukisan-lukisan pameran)
Bayu               : Saya serius ni bang,. abang kata mengarut pulak.
                           (sambil ketawa menyembunyikan rasa hiba)




Babak 8

Monolog Ani :
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih anugerahkan anak yang baik buat mak
Abang yang baik buat ku
Terima kasih Ya Allah

Lampu pentas dipadamkan.
-Tammat-

"Salaam alaykum..hye manusia!!! *lambai tgn depan laptop, kenal tak sibuk? sibuk telah menyibuk dalam diari kehidupan harian ku ..sem ni aku sibuk yang amat sampai tidur pun tak cukup, banyak tugasan Ya Allah, banyak dugaan sungguh. 



Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku, aku menang pertandingan menulis skrip drama anjuran Mahallah Asiah UIAM, yeeehuu...! skrip kat atas tu aku potong-potong, Aku dah lama tak menulis skrip, aku tulis untuk suka-suka,.tahukah anda menulis skrip boleh menjana pendapatan? tulis skrip macam senang..kau duduk je lepas tu menaip,..itu bagi pendapat setengah orang, manakala yang setengah lagi berpendapat, kau ingat senang nak tulis skrip? memang lah nampak senang, tapi kau kena curahkan idea yang berlimpah2..dan kau kena mendalami situasi drama tu sendiri  untuk mendapatkan hasil penulisan skrip yang superb dan jalan cerita yang tidak membosankan,
contoh:  konsep drama pasal kampung, so..kena buat research sikit la pasal kampung..masuk kampung dalam 5 hari  ke..

Ini entri lapok berdebu..baru aku nak publish, sekarang dah tahun 2015. Aku tak sangka boleh menang tempat kedua. Itu la kata orang belum cuba belum tahu.

As salaam.. Mashaallah dah tahun 2020. Akak update dengan jujur ya. Maaf banyak sangat permintaan dari adik2 yg ambil jurusan teater lagi2 dari UPSI. Nanti pelik pulak lecturer kenapa tiap2 kali pementasan teater utk fyp jalan cerita yang sama je. Sebaik2 keputusan skrip penuh ni utk simpanan akak je.

Yang Ikhlas,
Yanie atau orang panggil Fadh acah acah penulis skrip yang sedang merancang masa hadapan #finalyear

4 ,134 blogger sensasi komen:

Wak Lat said...

layannns ;p

shaa said...

Salam, nak skrip penuh boleh?

Mohamad Mohaimin said...

Boleh saya dapatkan skrip penuh LELAKI BUTA ITU BAYU ? kerana saya berminat untuk mementaskan skrip drama anda . Saya pelajar politeknik tuanku syed sirajuddin arau perlis.Course DVV Pengajian video Dan Filem semester 3. Projek akhir untuk subjek DVV 3043 Acting Directing adalah pementasan teater. Jika anda sudi memberi kerjasama kepada saya, anda boleh email saya di mohaiminabdulmalik@gmail.com

Unknown said...

Hi.. boleh saya dapatkan skrip penuh? sebab saya pelajar Akhir Ism seni persembahan teater di upsi dan kami perlu mementaskan sebuah drama secara online.. kalau bersetuju boleh hantar di email saya Kartinahjamlin@gmail.com

Terima Kaish

JEJAK LU ORANG