Saturday, June 30, 2012

OH ! TAHI ITU BUKAN MILIKKU.






Salaam alaykum semua..biasa lah kehidupan kat dunia ni..ada asam ada garam ada gula..dan ada juga tahi.

Kadang-kadang bila kita bagi gula ada jugak yang tak dak perikemanusiaan langsung dibalasnya pulak dengan tahi.-----> may Allah bless u manusia yang membaling tahi.

Kadang-kadang ada jugak manusia yang dibagi tahi tapi membalasnya dengan gula.Wow..itu sangat  cool.Aku sedang cuba belajar untuk menjadi cool dan sekarang aku berada di tahap pertengahan.Apa-apa pun kita kena lah,harus lah beringat yang walaupun tahi tu seolah-olah macam coklat Cadbury yang disukai ramai jangan lah suka-suka nak lempaqkan dekat manusia yang memberi gula.Itu kes terniayai---> bunyi ala-ala Datuk Fadhleyanie Kamsah di sini..

Ingat manusia,Tuhan itu Maha Adil.What goes around comes around ..kalau masuk tandas tu pandai-pandai lah flash tahi..---> peringatan.






IKLAN SAT, INI COOL KE ? hangpa rasa cool ?
cool bagi sesetengah orang la kan..kalau tanya Tok Wan,
"Tokwan2,cool tak buat cenggini,?"
Tokwan : .... speechless.... ==`









SEKIAN.. chow cin chow allagappas..ada lagi..kalau flash tak berfungsi cari lah baldi dan isikannya dengan air, akhir sekali jiruskannya ke dalam jamban supaya tahi tidak kelihatan lagi.Entri ini penuh berlapik-lapikan...Anda secool peti ais atau secool kipas angin atau langsung tak cool?

Saturday, June 23, 2012

PENDERAAN BAYI BERHIDUNG KEMBANG



Salaam alaik,,salam sejahtera..wuhuuu..I'm back.Kes dera budak sering kali kita dengar mungkin si pelaku ada masalah emosi yang tidak stabil mungkin masa lampau dia dulu teghok...Mungkin jeles sebab bayi terlalu cute dan comel..Mungkin hobi,ya,macam aku.
Dah lama tak dera dan membuli budak..tangan ni dah rasa gatai-gatai nak tarik pipi budak gemuk.Mok..mok..uncit..bubu..
 ---> gedik


Apa yang spesel tentang budak ni,dia tidak akan menangis walaupun diganggu dengan teghok oleh aku...dan sedikit blur tapi comel.Aku suka tengok bila dia berbaju jenis ini  ===> rujuk di bawah 


Si uncit kelihatan seperti sarung nangka yang tergantung di pokok.






btw.this is pokok kot2 ada yg xknai pokok
btw,pokok also known as tree.^^,
pokoknya pokok tetap pokok..





FUH..FUH..FUH..HAI,NAMA SAYA NAUFAL .
HARI INI SY TENANG KERANA TIADA TUKANG BULI

HAah,,,SI BULI DAH BALIK..AIGOO..!!

AKU PERLUKAN PERTOLONGAN CEMAS,
SELAMATKAN AKU


DIA START DAH TARIK
PIPI AKU BANYAK LOMAK BERKRIM

DISUKAI RAMAI...

HIDUNG PULAK....
PSSST,HIDUNG NAUFAL BERSIH TIADA NAJIS HIDUNG SEPERTI ENGKORANG PUNYA..


 KENAPA AKU YANG SELALU KENA ?
hah? hah?


SEGHIIUS,SAKIT TAHU.

ADOIII..Arghh!!...SENGET PIPI AKU,MAK KIAH TOLONG..

DUA-DUA BELAH PULAK..KIRI
KANAN KIRI KANAN

OKAY...DIA BLAH DAH..LEGA..---> "kekembangan hidung berleluasa"

WEI ! ESOK-ESOK CUBIT LA LAGI ERK,LAMA-LAMA PUN TAKPA.
(SARKASTIK)



p/s: jangan tiru aksi di atas,sekali sekala takpe..untuk hilangkan stress..chow cincau Allagappas..^^, muehehehe

Monday, June 18, 2012

↔PERCATURAN SEBELUM KE TALI GANTUNG↔


Duduklah kau termenung
Menunggu waktu untuk digantung
Dibalik tirai besi karat
Kau menangis?
Siapa suruh kau membunuh
Jangan kau salahkan takdir Tuhan
Kau tiada iman
Kau bengis
Kau pemarah
Kau durjana
Kau jahil
Kau jahat
Kau keji
Kau selayaknya dicaci-maki
Kau selayaknya diludah
Aku tak pandang kau
Kau kejam.

Apa kau pernah sujud menghadapNYA
Kau pernah sujud?
Kau pernah berwuduk?
Kau percaya pada Tuhan?
Kau tak pernah.tak pernah
Sekali lagi
Kau menangis.

Aku tanya kau
kenapa kau menangis?
Jawab kau,aku takut,aku takut
Aku takut Tuhan.

Syukur,kau masih ada rasa takut dalam sisa nafas terakhir.Takut pada Tuhan.Aku hulurkan ini pada kau.

Ini sejadah
Tikar Islam
Tempat kita sujud
Menghadap kiblat
Kadang menjadi tempat
kita termenung
Apakah sudah cukup bekalan kita?

Ini sejadah
Apa itu sejadah
Macam karpet
Gebu dan lembut
Tapi ada kubah
Apa itu kubah
Seperti bawang
Apakah ia untuk mengalas kaki?

KAU JAHIL.

Friday, June 15, 2012

↔ LUMRAH PENGEMIS DUNIA ↔

ITU GEMBEL
TAKKAN GEMBEL ITU AKU PERSETANKAN
MEREKA JUGA MANUSIA
AKU JUGA PERNAH MENGEMIS 
DAHULU DENGAN MAK AKU
"MA,NAK 20 SEN NAK BELI APOLLO,"
 SELAGI TAK DAPAT
SELAGI ITU AKU MEMINTA-MINTA
APA AKU KISAH
 WAKTU iTU AKAL AKU SING..SING..
SINGKAT.


 jalan menapak 


Tap..tap..tap

Meliar mata pandang
Setiap kotak pandangan 
Terbit seribu satu rasa
Langkah.langkah.langkah
Setiap langkah itu
Bagi pemerhati rasa hiba

Setapak bertapak menapak ke tanah bumi
Setitik menitik rembesan mutiara mengalir di pipi
Angkara hiba kuasai diri
Sang pengemis dipandang serong 
Mengemis bersama si anak kecil 
Dikendong kendongan berkain batik
Di setiap laluan penjuru lorong
Menagih simpati dari yang berharta
Mereka meminta-minta
Apalah nasib si anak kendongan
Mengikut langkah ibunya
Mengemis dan terus mengemis menadah mangkuk berupa tempurung
Yang diguyur gerimis dan terik mentari di siang nan terang
Merdekakanlah dirimu wahai pengemis 
Jangan kau terus menadah
Gusar kau akan diludah.


#teringat kepada gelandangan di Masjid Jamek,Kuala Lumpur. 6 orang pengemis yang mengemis di sekitar Sogo,Jalan TAR.Tak bagi duit kasihan..bagi duit sindiket ketawa.salah aku atau salah siapa.

Monday, June 11, 2012

PENGARANG KOSHIKUYANIE EMPTY DIARY KEMBALI SETELAH 3 BULAN BIARKAN BLOG SEPI SEPOI : APA KHABAR WARGA BLOGGERS DAN PENGARANG SEKALIAN ?

"Sepi sepoi blog 3 bulan
ku isi dengan intai bulan
Bulan itu moon yang terbentang di langit nan kelam gelita "
kata Fadhleyanie Amaryllis yang hilang akal sedikit.


Assalamualaikum semua yang rajin membaca dan menaip,.,mungkin ada yang dah lupa saya dan mungkin ada yang masih ingat,masih ingat pada saya? masih ingat pada gua? pada aku? korang tak ingat? ok tak kisah. kini aku muncul kembali setelah semua tugasans,presentations selesai,final exam dah habis jawab peh ! soalans agak payah uolls.. dan tanggungjawab sebagai mak guru memimpin budak2 international tak lupa  2 orang rakan sy bernama ieka dan meena dan 3 jejaka melayu yang menyamar jadi international sebab nak backup mereka atas stage utk persembahan dikir barat, Aziq,Kay dan Izree turut membantu dalam majlis pemantapan bahasa di UIA.Liat kemain lidah dorang nak cakap melayu,masing-masing ikut loghat negara  sendiri.First tu aku rasa lawak gila..ada jugak aku gelakkan dorang.Kemain susah ajar abang2 ni.Macam-macam karenah..


Sekarang saya hanya ingin berkongsi perasaan saya dengan pembaca berhormat semua, saya gembira kerana saya gembira dan saya juga sedih kerana saya sedih..dan sekarang baru saya tahu betapa kecilnya dunia ini.Pusing-pusing kita akan jumpa dengan orang yang sama...adakalanya kita akan terjumpa dengan orang yang ingin kita jumpa,
adakalanya kita akan terjumpa dengan orang yang ingin kita mengelak dari terjumpa (ini dah berkali-kali).,.dan saya telah melalui 2 situasi ini pada satu masa yang sama.Bermaksud suka dan tak suka.3 bulan tak bukak blog dah banyak perubahan..jakun sekejap terkebil-kebil . 


Blog juga berubah wajah..kasi matang sikit .Facebook yang deactivate kengkonon nak fokus study untuk exam di activate kembali..sebab exam kan dah habis.Sonoknya ! yang tak sonoknya laptop aku rosak..baru nak berjimba dan berkasih sayang dengan blog boleh pulak buat hal.




Sempena cuti semester aku yang panjang gila ni,,ada la kowt dalam 3 bulan lebih..aku ada misi aku sendiri.Aku dah bernekad nak mewarisi ilmu masakan dari bonda aku.Ya,aku tau aku boleh.










p/s: beringatlah manusia,peluang itu masih akan tetap ada selagi kita bernafas.Berusahalah hingga kau berjaya menggapainya.Kalau jatuh bangun lah dan terus berjalan,jangan tunggu orang untuk menghulur tangan memaksa kau untuk berjalan.Berjalan di atas kaki sendiri..duhai manusia..jika kau fikir "kenapa aku asyik bernasib malang..kenapa..kenapa dan kenapa..?" jawapannya "kau yang membuat nasib kau malang,kau tidak berusaha untuk keluar dari situasi kau". bangkit lah manusia lemah jangan kau mengalah.


p/s : aku dan saya serta gua adalah orang yang sama.





JEJAK LU ORANG