Wednesday, December 30, 2015

Puisi Terpaku

Diam kaku tak tahu
Mulut kunci terpaku bisu
Mata merenung
Hati merintih
Kau genggam erat
masih sakit

Ouch! Sakit ke.


Dalam kehidupan ini. Kita diberi ruang untuk memilih. Jadi. Mengapa memilih sesuatu yang merosakkan rasa hati sendiri.

Yanie Amaryllis, Disember 2015

p/s: psssttt... esok aku first final exam untuk terakhir kali, InshaAllah.

Saturday, December 19, 2015

Puisi Cis!

Kengkonon Berpuisi
Semalam aku girang
Meski dalam mimpi
Dua naskah
Satu putih bertajuk merah
Satu kuning bertajuk hitam
Terkandung bait bait puisi
Berontak kata memujuk hati
Buat kudapan
Engkau yang lara
Aku hulurkan


Pentas puisi lama aku tinggalkan. Rakan rakan pemuisi sudah ramai yang pencen. Aku rindu kalian.

Dan. Aku juga bakal rindu rakan rakan sekuliah aku. Akan datang kita akan bawak haluan masing masing. Tiada lagi gelak tawa tangis kita bersama.
Aku bakal rindu kalian.

Wednesday, December 16, 2015

Hukum Bunuh Diri Apakah Jenazahnya Boleh Disolatkan?


Ada jenis manusia yang susah nak terima hakikat. Terima hakikat mungkin susah bagi sesetengah individu. Mungkin sebab hati manusia itu degil, faktor, kau jauh dengan Tuhan.-Babak Kosong
_______________________________

Tapi kau nampak dekat dengan Tuhan. Tidak, kau sebenarnya jauh dari Tuhan. Cuba kau dekatkan diri dengan Tuhan. Aku pasti kau akan rasa tenang semula.-Babak Satu
_______________________________

Bagi aku, rancangan Tuhan adalah rancangan yang paling terbaik. Nak tak nak setiap  musibah dan masalah semua itu adalah ujian sementara dan kita sebagai manusia yang bernafas pun Tuhan bagi kena redha.-Babak Dua
_______________________________

Aku fikir kau gila. Ingat Allah redha ke dengan perbuatan berpura-pura dalam keimanan. Dahi kau selalu sujud pada tikar sejadah tapi hakikatnya hati kau bukan pada Tuhan. Kenapa? -Babak Tiga
_______________________________

Aku tahu sebagai manusia kita bukanlah lengkap tapi kita boleh mencuba untuk menjadi lengkap. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Kenapa mesti ada niat untuk mengambil nyawa sendiri.-Babak Empat

Entri ini aku tujukan kepada orang yang simpan niat bunuh diri, fikir aku " ada ke orang yang nak bunuh diri search website pasal  HUKUM BUNUH DIRI ". Kalaulah masih ada spesis ini, aku rasa kau masih ingat pada Tuhan pemberi nyawa . Tuhan yang memberi nyawa. Kau senang-senang pulak nak bunuh diri. Kau ingat kau siapa. Kau ingat kau Tuhan?

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.:“Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)


Terangnya, bunuh diri ini hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar. Aku terfikir apakah jenazah seorang Islam yang mati bunuh diri dilaksanakan solat jenazah untuknya.

Kalau orang murtad jenazahnya tidak boleh disolatkan..untuk yang bunuh diri?

Babak kosong hingga babak empat, aku pasti sedikit sebanyak ada terkena dengan orang yang berniat hendak  membunuh diri. Harooom tau...pikiaq panjang sikit na..*keluaq dah utara aku


Saturday, December 12, 2015

Kelebihan Yang Luar Biasa


Macam lah story line hidup aku syok sangat kan

Assalamualaikum..hai..nama aku "yanie" "fadh" "kakyong". Entri ni berkisahkan diri aku.

Bukan aku nak berlagak atau apa..aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia berguna tapi kadang kala aku tak guna jugak. Aku manusia yang memainkan peranan mendengar ketidakpuasan hati, keluahan hati, kesedihan, kemarahan, ketensionan dan sebagainya dari mereka tanpa aku minta secara automatik. Mereka akan meluahkannya. Sejak zaman sekolah lagi aku menjadi penasihat tidak berbayar mungkin kerana muka aku yang bersahaja bukan aku yang cakap orang lain yang cakap..peh ! sapa rasa nak tersembuq taik telinga mata silakan aku tak halang..sambung..

Aku tabah,ya aku tabah.kerana setiap dari mereka yang meluahkan sesuatu tidak pernah sekali mendengar luahan aku. Aku tidak suka berkongsi baik kejayaan atau kegagalan, Dan yang sebenarnya..ada sesuatu yang aku simpan sebagai luahan aku.
ini..hanya aku yang tahu..

     " aku rasa bersalah kerana tidak meluahkan perasaan aku kepada mereka "


dan suatu hari nanti..mereka akan tahu tentang luahan itu..atau mungkin luahan itu akan terkubur  begitu sahaja..


aku .. ada satu rahsia besar..ya ,memang aku tak suka berkongsi..aku rasa dah tiba masanya untuk aku rungkaikan segalanya supaya ianya tidak misteri lagi..sampai bila aku nak pendam dan simpan lama-lama..sampai bila..takkan sampai ajal aku dah sampai baru nak bagitau..buat kawan-kawan semua..masa aku mungkin tidak panjang lagi..

yang sebenarnya..

aku mempunyai kelebihan biasa..ya, pada mulanya aku tak sedar kelebihan aku ni..sehinggalah arwah nenek aku menyedarkan..aku takut nak bagitau korang semua..aku takut korang tak nak kawan dengan aku lagi..aku harap lepas korang baca entri aku ni korang faham situasi aku...apa? aku ada sixth sense ? boleh tengok hantu..oh tidak,bukan2..kelebihan aku masak maggie..okay selamat tinggal.

Sunday, December 6, 2015

Bagaimana Masa Berubah


Tak silap yang retro waktu tu masing-masing umur 4 tahun dengan 5 tahun. Yang terkini umur 22 tahun dengan 23 tahun.

Cepatkan waktu berlalu?

Saja nak throwback masa lalu. Gembira rasa hati. Bila aku kenang waktu zaman kecik-kecik dulu. Aku tersengih sendiri. Adik aku kata aku tak betul.

Bukan tak betul. Aku cuma terkenang waktu lalu aku yang nakal. Sekarang nakal? Ada la nakal sikit-sikit. Hiks.

Selamat pengantin baru kepada kawan zaman kecik-kecik cili padi dulu. Masa berubah. Rupa berubah. Kita tetap yang sama.

Friday, December 4, 2015

Cerita Tentang Rezeki




Haritu aku jumpa dengan mak dan ayah aku. Aku perhati mereka dah tua. Entah bila aku boleh mula balas jasa mereka.

Aku rasa bersyukur. Sebab masih mempunyai mak dan ayah tempat bergantung..

Waktu ayah aku solat Zohor di surau asrama aku, mak tanya aku;

"ada duit lagi tak? dah hujung sem ni"

Lantas menghulurkan beberapa keping not.*suruh aku ambil

Pernah dengar pepatah berkata, kalau orang bagi, tak nak ambil semua, ambil sedikit. Supaya orang tu tak rasa kecewa. Macam tu jugak bila orang bagi makanan dekat kita, walaupun kita tak makan makanan tu, wajib untuk kita merasa sedikit (makanan yang halal ye).

Aku ambil sekeping not, yang lain aku suruh mak aku simpan. Buat duit beli ikan. Memang dari kecik aku menerima didikan "bersederhana". 

Mak aku pernah membebel dulu. Aku paling suka dengar mak aku membebel.

"Kalau rezeki kita berlebihan, kita kena ingat, dalam rezeki tu ada bahagian orang lain"

"Bersedekah takkan buat kita putus rezeki"

Sungguh melalui pengalaman aku, bila kita bersedekah, rezeki tu datang balik dekat kita berlipat kali ganda.

Janganlah pulak korang show off ketika bersedekah.."wei..lihat laa, aku nak bersedekah ni". Be humble. Salaam Jumaat.

Thursday, December 3, 2015

Sedih

Aku perasan je kot dalam tawa kau ada "tawar"
Kalau kau sedih. Jangan simpan sendiri.

Yanie Amaryllis, Disember.

Tuesday, December 1, 2015

Trauma Miang Keladi

Tanggal 1 Disember, aku melalui detik yang tragis. Sama seperti apa yang telah dilalui ayah aku. Tengahari tadi aku seperti biasa ke cafe dalam kampus aku. Rambang mata melihat aneka lauk. Akan tetapi satu lauk yang menarik hati. Asam pedas keladi.

Asam pedas keladi memang menjadi menu utama seperti biasa. Tragisnya, hari ini asam pedas keladi memusuhi lidah ku.

Penangan miang keladi tersangatlah menyucuk lidah dan anak tekak aku. Aku hanya sempat 5 kunyahan nasi. Tak habis aku makan, semuanya aku buang. Penangan miang keladi. Tajam. Aku tak tahan.

Cepat-cepat aku call mama tanya macam mana nak kasi hilang gatal-gatal lidah ni. Sungguh tak selesa. Kata mama, minum air asam. Mana pulak aku nak cari air asam pure kat tengah-tengah UIA.

Dengan langkah lipas kudung disebabkan tak tahan sangat. Aku ajak kawan aku beli ais krim kon. Mungkin ais krim yang sejuk boleh menghilangkan kegatalan lidah.

Terima kasih ais krim vanilla coklat. Sebab kau lidah aku tak gatal dah.

JEJAK LU ORANG