Saturday, December 12, 2015

Kelebihan Yang Luar Biasa


Macam lah story line hidup aku syok sangat kan

Assalamualaikum..hai..nama aku "yanie" "fadh" "kakyong". Entri ni berkisahkan diri aku.

Bukan aku nak berlagak atau apa..aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia berguna tapi kadang kala aku tak guna jugak. Aku manusia yang memainkan peranan mendengar ketidakpuasan hati, keluahan hati, kesedihan, kemarahan, ketensionan dan sebagainya dari mereka tanpa aku minta secara automatik. Mereka akan meluahkannya. Sejak zaman sekolah lagi aku menjadi penasihat tidak berbayar mungkin kerana muka aku yang bersahaja bukan aku yang cakap orang lain yang cakap..peh ! sapa rasa nak tersembuq taik telinga mata silakan aku tak halang..sambung..

Aku tabah,ya aku tabah.kerana setiap dari mereka yang meluahkan sesuatu tidak pernah sekali mendengar luahan aku. Aku tidak suka berkongsi baik kejayaan atau kegagalan, Dan yang sebenarnya..ada sesuatu yang aku simpan sebagai luahan aku.
ini..hanya aku yang tahu..

     " aku rasa bersalah kerana tidak meluahkan perasaan aku kepada mereka "


dan suatu hari nanti..mereka akan tahu tentang luahan itu..atau mungkin luahan itu akan terkubur  begitu sahaja..


aku .. ada satu rahsia besar..ya ,memang aku tak suka berkongsi..aku rasa dah tiba masanya untuk aku rungkaikan segalanya supaya ianya tidak misteri lagi..sampai bila aku nak pendam dan simpan lama-lama..sampai bila..takkan sampai ajal aku dah sampai baru nak bagitau..buat kawan-kawan semua..masa aku mungkin tidak panjang lagi..

yang sebenarnya..

aku mempunyai kelebihan biasa..ya, pada mulanya aku tak sedar kelebihan aku ni..sehinggalah arwah nenek aku menyedarkan..aku takut nak bagitau korang semua..aku takut korang tak nak kawan dengan aku lagi..aku harap lepas korang baca entri aku ni korang faham situasi aku...apa? aku ada sixth sense ? boleh tengok hantu..oh tidak,bukan2..kelebihan aku masak maggie..okay selamat tinggal.

4 ,134 blogger sensasi komen:

Diya Hanun said...

Hahaha..kelebihan yang sy pun kalah..

ct cheery said...

Wah..sy pun belajar btahun hahah..tahniah2.u r the best!
Larikkk!!!

Syamsid Dhuha said...

Haha bercampur perasaan baca entry ni . Terharu , excited , lagi excited nak tahu last last - scroll bawah masak mee magg . Mmg plot twist habis . Haha

- Syamsid Blog -

Kakak Cantik said...

awk harus bangga dengan kelebihan yg awk ada tu tau. bukan semua org tau masak Maggie hahaha

JEJAK LU ORANG