Friday, December 4, 2015

Cerita Tentang Rezeki




Haritu aku jumpa dengan mak dan ayah aku. Aku perhati mereka dah tua. Entah bila aku boleh mula balas jasa mereka.

Aku rasa bersyukur. Sebab masih mempunyai mak dan ayah tempat bergantung..

Waktu ayah aku solat Zohor di surau asrama aku, mak tanya aku;

"ada duit lagi tak? dah hujung sem ni"

Lantas menghulurkan beberapa keping not.*suruh aku ambil

Pernah dengar pepatah berkata, kalau orang bagi, tak nak ambil semua, ambil sedikit. Supaya orang tu tak rasa kecewa. Macam tu jugak bila orang bagi makanan dekat kita, walaupun kita tak makan makanan tu, wajib untuk kita merasa sedikit (makanan yang halal ye).

Aku ambil sekeping not, yang lain aku suruh mak aku simpan. Buat duit beli ikan. Memang dari kecik aku menerima didikan "bersederhana". 

Mak aku pernah membebel dulu. Aku paling suka dengar mak aku membebel.

"Kalau rezeki kita berlebihan, kita kena ingat, dalam rezeki tu ada bahagian orang lain"

"Bersedekah takkan buat kita putus rezeki"

Sungguh melalui pengalaman aku, bila kita bersedekah, rezeki tu datang balik dekat kita berlipat kali ganda.

Janganlah pulak korang show off ketika bersedekah.."wei..lihat laa, aku nak bersedekah ni". Be humble. Salaam Jumaat.

2 ,134 blogger sensasi komen:

ct cheery said...

Betul..memang dah terbukti.setiap rezki yg Kita dpt tu Ada bahagian makluk lain even binatang skali pun

ma ❥ said...

Betul post sblm ni pun sy ada cite sy perhati sorg kwn ni murah rezeki dia salah satu sifat dia tak kedekut Sgt Sgt.... Kalau bermurah dgn IBU bapa lagi la InsyaAllah berlipat3X ganda pulangan

JEJAK LU ORANG