Sunday, January 24, 2016

Puisi Buat Kamu


Puisi ku romantis malu
Rentaknya melankolis
Tersusun aksara rapi
Tanpa satira bicara
Lunak gemersik kalbu
Yang hanya aku hamparkan
Pada arjuna penakluk hati

Dengarkah kau desiran itu
Jauh pelosok bumi
Ia menghampiri
Desiran ini punya kata
Dibawa arus ombak
Sepoi angin bicara
Lantas ia berkata
Pssst..

Awak di sana pencuri hati
Selamat hari lahir
Moga dalam lindunganNya selalu.

Love,
Yanie Amaryllis, Januari 2016.



Saturday, January 23, 2016

Tips Interview

Kimia itu penting
Pertama, kalau kau orang yang first masuk dalam bilik interview manakala interviewer tak sampai-sampai lagi. Kau silakan duduk jangan goyang pena ditangan mahupun kaki ibarat Parkinson. Posture duduk tu mestilah tegak, bahu tegak macam model ambil gambar dalam studio jangan melengkung. Bila interviewer masuk silalah lemparkan senyuman yang paaaling manis. Kau tunggu apa lagi. Sila bangun berdiri tanda hormat. Kalau halal salaam. Hulurkan persalaman. Sampai dia kata duduk Puan/Cik/Encik sila duduk. Baru kau duduk.

Haritu aku interview dengan company milik Bumiputera. Aku boleh katakan sesi interview aku berjalan lancar. Cuma soalan berkaitan akta-akta aku tak sempat nak telaah. Lepas ni aku telaah. I promise.
Jadi haritu aku switched character aku yang kedua.

Mata contact dengan interviewer itu penting. Tapi janganlah kau tenung dalam-dalam jatuh hati pulak bah.


Pakaian. Aku pakai ala-ala guru. Padanan selendang keemasan lembut dengan baju kurung berwarna dusty pink. Ayuuuuu ha ahkak *hakhak puji diri sikit. Warna memainkan peranan penting gaiss. Kalau non-bumi pakai la ala-ala wanita corporate barulah confident level tinggi.eh!

Beberapa soalan case study dilontarkan kepada aku.
Kalau ada soalan yang korang tak dapat jawab. Minta maaf dan minta interviewer terangkan maksud soalan. Jangan nak "aaaaaaaaaaaaa" panjang gila ok. Jawab yakin boleh pikirkan kau boleh. Kau jangan garu leher kepala. Suara jangan ketaq. Biar jelas lontaran suara.

Soalan yang wajib dilontarkan tanda habisnya sesi interview ialah "u ada nak tanya apa-apa soalan?" Kriiik kriik

Soalan ini wajib korang jawab. Jangan tanya tentang tangga gaji. Sebaliknya tanya soalan yang boleh bina kepercayaan interviewer dekat korang.
Macam aku. Aku memilih soalan TDR scope kerja yang diapplied. Task Duty Responsibility. Dan soalan bonding. Soalan bonding ni kau tanya la pasal interviewer pulak. Pengalaman dia dengan company. Barulah boleh bina "kimia" dengan interviewer.
Aku bina "kimia" secara professionalnya dengan interviewer. Moga rezeki ada.

Lokasi: Pejabat berhawa dingin 
Waktu: Petang sepoi-sepoi


Yang Benar,
Aku dapat second interview dari company yang sama. Doakan aku gaiss.

Thursday, January 21, 2016

Cuai

Cuai. Harini dua panggilan penting dari company yang aku pergi interview tak berangkat.
Alasan kenapa tak call balik tadi. Pertama tak berangkat yang terpapar di skrin "panggilan tak berjawab". Kedua, sebab aku ingat no. scammer. (Selalu aku berpikiran bukan-bukan) #overthinking
Alasan lain: Pasal company tu kata kalau nak call mungkin after one week. Jadi aku tak assume itu no. company.
Tup tup
Tadi check profile company. Nah. Itu nombor company yang aku pi interview. Terus lagu awan yang terpilu dendangan Ning Baizura berdondang sayang di corong telinga aku. Oh awat jadi lagu ni.
Apa masih ada harapan lagi kalau aku call depa esok. Takpe. Esok once receptionist masuk kerja. Berkumandanglah suara aku dicorong telefon. 
Lokasi: Di hujung katil
Waktu: Malam lara

Tuesday, January 19, 2016

Ngorat Versi Dua

Ok. Ini kali kedua entri aku bertajuk ngorat.
Yang pertama masih dalam rangkaan tersimpan rapi di dlm draft.
Ngorat. Aku tak tau dari mana kau belajar cara ngorat. Mungkin kau tanya kawan kau. Atau. Mungkin kau Google.
Dulu aku tanya mak aku macam mana bapak aku ngorat dia. Katanya bapak aku utus surat. Psst.. Aku pernah baca surat bapak aku. Oh! Diabetes.

Ngorat ini pelbagai. Contoh skrip ngorat ketinggalan jaman. Orang tak pakai dah ni bro.*kahkah

Staff 1: eh siapa yanie?
Staff 2 : tu yanie.
Aku: saya yanie. 
Staff 1: awak ni sepupu Karmila yang tinggal dekat Ampang tu kan?
Aku: salah orang. Karmila pun tak kenal.*sambung buat kerja sambil tak peduli sebab aku busy keyed in stock dalam policy system. Dan manager dok perhati dari jauh. Manakala budak-budak "hipster" lain sibuk mengira stocks. Sambil diperhatikan senior staffs dari branch lain.
Manager: kau ni kan dari semalam aku tengok. Dia tu mak orang la. (aku mak orang hoi..hahaa! baik punya cover)

Lucky me. Ada manager yang baik walaupun aku yang dok bagi arahan dekat manager tu.*sebab aku "orang" asing kuikui..

" bro ni jangan lupa update"
" bro tolong check items code ni tak valid"
" bro blablab bla bla.."
AKU MANAGER KE KAU MANAGER

Sebab terbiasa bagi arahan. Hiks. Kalau rajin aku jengah hampa lagi na.

Lokasi: Mall orang kaya-kaya
Waktu: 6 pm- 11 am

Sahaja aku mencuba. Siapa je yang berpeluang berada dalam mall pukul dua tiga empat pagi selain dari Security Guards. Kau hado.

Esok first interview aku dengan ______________ Corporation.

Harapan aku untuk mendapatkan position yang ditawarkan separa hidup separa mati. Sebab aku tau ada candidates lain yang experience level bertahun dan aku hanyalah fresh graduate entry level yang sijil Degree pun tak dapat lagi *nak dapat lagu mana, final exam punya results pun tak keluar lagi

Tapi depa panggil interview, pi ja la kan. Ambil pengalaman.

"Abah, esok ada candidates yang ada experience 5 8 tahun"-aku
Rezeki masing-masing..kalau tak dapat anggaplah sebagai pengalaman pegi interview jawab Abah.

Mana tau, rezeki aku dekat position lain. Maaf rakan-rakan bloggers, aku free nanti aku jengah site hampa.

Yang Benar,
Budak Hingus 

Friday, January 15, 2016

Catatan Hidup


Saja aku throwback kisah-kisah lalu. Tahun 2008.

Satu buku diari 2008-2012
Satu lagi 2012- marcapada

Spesis aku. Memang aku suka coret kisah hidup aku dalam diari. Seronok tulis diari.
Maka. Boleh aku katakan beruntung bagi mereka yang namanya tercatit dalam diari aku.

Kau
Kau
Dan
Kau

Untung la...nanti anak cucu aku baca pasal hampa *sila bangga

Untuk diari 2008-2012. Aku koyakkan 17 helaian. Sebab ada yang aku kutuk-kutuk orang. Jadi. Sebelum aku pergi. Ada baiknya aku hapuskan bukti. Zaman kurang matang banyak yang isi diari pun kurang matang. Sekarang? alhamdulillah. Aku tahu beza mana baik mana buruk. Mana kaca dan mana permata. Takde aku kutuk kutuk orang. Kalau ada pun dalam hati. "Eee..menyampah aku"

Dalam diari lama aku jugak ada aku selitkan amanat tahun 2013. Mana lah tahu masa aku singkat.*tak salah beringat mati

Masa aku bukak diari lama aku. Ada hembusan bayu. Ah sudah. Sampai macam tu sekali angan aku baca diary lama. Berbayu-bayu. Hai bayu. Aku rindu dengan angin lalu.

Throwback Lagi

Lokasi: Mahallah UIA
Waktu: Sekitar petang

Orang kata kalau menangis mesti bersebab.

1) suka
2) duka

Dua hari sebelum paper terakhir aku. Sebenarnya aku tak boleh nak fokus sangat. Sedih. Menangis sampai mata bengkak.

Jarang bagi seorang yang berjiwa kental nak menangis. Tapi kalau sekali menangis. Non-stop macam air paip yang membazir.

Membazir menangis untuk sesuatu sebab yang tak wajar.

Saturday, January 9, 2016

Kopi dan Susu


Lokasi: Bus Stop Elite
Waktu: Malam


"Tengok tu..kopi dengan susu" kata Abah sambil menunjukkan jari jemarinya ke arah satu pasangan Cina dan India yang mesra lalu lalang depan bus stop.

"Satu Malaysia" sambung aku.

"Tahi cicak" sambung aku lagi.

Abah aku blurrr panjang. Dan akhirnya he got me. Dan kami anak beranak berhuhu..

Siaran radio kereta Abah pun mengeluarkan satu luahan cerita dari pendengar radio. Katanya si gadis nak berkahwin lagi 2 hari. Masalah nya dia dillema. Dia tak sayang langsung bakal suami dia. Dia bakal berkahwin dengan orang tu atas dasar permintaan arwah mak dia. Dalam pada masa yang sama dia cintakan lelaki lain.

Well... Dalam kisah ni. Abah aku memberi pendapat tinggalkan bakal suami yang dia tak cinta langsung, lagipun mak dia dah arwah. Yang dah pergi tetap pergi. Yang hidup kena teruskan hidup dengan bahagia.

Mak aku pulak. Kad kawin semua dah edarkan. Takkan nak batalkan macam tu je. Dah tau suka kat orang lain kenapa bagi harapan dekat bakal suami dia.

Aku?

Entahlaaaaah *garu kepala tanpa kutu

Mama dan Abah aku selalu berlainan pendapat. Bahagia aku tengok gelagat depa.

Terima kasih Tuhan. Atas anugerah terindah.

Dulu aku ingat lagi. Aku nak pi camping dalam hutan. Abah okay je on. Mak aku pulak lampu merah. Dan akhirnya aku bercamping dalam mimpi je. Naluri ibu risaukan anak berlebihan kan.

Konsep Hidup Berjiran

Roomate aku kan, dia selalu kunci jam pagi-pagi buta. Tapi dia tak bangun. Aku yang bangun. Ganggu tidur aku.
Bunyi ayam belanda kuat sangat.

Entry sejenis throwback, roomate semester lalu. Menci I. Tapi rindu.


Sunday, January 3, 2016

Lumut di tepi perigi


Aku dok berpikiaq2 dari semalam lagi....

Every man deserves a woman who respects him. And every woman deserves a man who appreciates her effort.

Boleh jadi macam ini jugak. Tak mustahil.

Proses dua hala.

Timba -----> Perigi
Perigi  -----> Timba

Kalau aku. Lumut kat tepi perigi. Tengok drama timba cari perigi. Perigi cari timba.

JEJAK LU ORANG