Friday, January 15, 2016

Catatan Hidup


Saja aku throwback kisah-kisah lalu. Tahun 2008.

Satu buku diari 2008-2012
Satu lagi 2012- marcapada

Spesis aku. Memang aku suka coret kisah hidup aku dalam diari. Seronok tulis diari.
Maka. Boleh aku katakan beruntung bagi mereka yang namanya tercatit dalam diari aku.

Kau
Kau
Dan
Kau

Untung la...nanti anak cucu aku baca pasal hampa *sila bangga

Untuk diari 2008-2012. Aku koyakkan 17 helaian. Sebab ada yang aku kutuk-kutuk orang. Jadi. Sebelum aku pergi. Ada baiknya aku hapuskan bukti. Zaman kurang matang banyak yang isi diari pun kurang matang. Sekarang? alhamdulillah. Aku tahu beza mana baik mana buruk. Mana kaca dan mana permata. Takde aku kutuk kutuk orang. Kalau ada pun dalam hati. "Eee..menyampah aku"

Dalam diari lama aku jugak ada aku selitkan amanat tahun 2013. Mana lah tahu masa aku singkat.*tak salah beringat mati

Masa aku bukak diari lama aku. Ada hembusan bayu. Ah sudah. Sampai macam tu sekali angan aku baca diary lama. Berbayu-bayu. Hai bayu. Aku rindu dengan angin lalu.

2 ,134 blogger sensasi komen:

ma ❥ said...

wah ada dairi. dulu ada masa zmna sekolah tp tuh la susah nak sorok family paling suka cri nak baca dan bahan hehehe

wardahannesa said...

Hahaa. Henbusann bayuuu. Hihi. Best ada diary,tapi paling takut bila orang lain sibuk nak baca. Huhuhu

JEJAK LU ORANG