Saturday, January 9, 2016

Kopi dan Susu


Lokasi: Bus Stop Elite
Waktu: Malam


"Tengok tu..kopi dengan susu" kata Abah sambil menunjukkan jari jemarinya ke arah satu pasangan Cina dan India yang mesra lalu lalang depan bus stop.

"Satu Malaysia" sambung aku.

"Tahi cicak" sambung aku lagi.

Abah aku blurrr panjang. Dan akhirnya he got me. Dan kami anak beranak berhuhu..

Siaran radio kereta Abah pun mengeluarkan satu luahan cerita dari pendengar radio. Katanya si gadis nak berkahwin lagi 2 hari. Masalah nya dia dillema. Dia tak sayang langsung bakal suami dia. Dia bakal berkahwin dengan orang tu atas dasar permintaan arwah mak dia. Dalam pada masa yang sama dia cintakan lelaki lain.

Well... Dalam kisah ni. Abah aku memberi pendapat tinggalkan bakal suami yang dia tak cinta langsung, lagipun mak dia dah arwah. Yang dah pergi tetap pergi. Yang hidup kena teruskan hidup dengan bahagia.

Mak aku pulak. Kad kawin semua dah edarkan. Takkan nak batalkan macam tu je. Dah tau suka kat orang lain kenapa bagi harapan dekat bakal suami dia.

Aku?

Entahlaaaaah *garu kepala tanpa kutu

Mama dan Abah aku selalu berlainan pendapat. Bahagia aku tengok gelagat depa.

Terima kasih Tuhan. Atas anugerah terindah.

Dulu aku ingat lagi. Aku nak pi camping dalam hutan. Abah okay je on. Mak aku pulak lampu merah. Dan akhirnya aku bercamping dalam mimpi je. Naluri ibu risaukan anak berlebihan kan.

3 ,134 blogger sensasi komen:

ewanthology said...

org pahang suka lah hitam dan putih ni.... ehhhh

E'in said...

e'in setuju dgn abah and mak.. patutnye kalau tak suke, awal2 bgtahu bakal suami.. jgn nak tinggal lg 2 hari nak nikah, baru terhegeh hegeh ckp tak syg bakal suami sume..

Wardah Aneesa said...

Huhu jelah kita. Tak ada komen.

JEJAK LU ORANG