TOLONG AKU...AKU LAPAR DARAH....!!! |
Atas permintaan umum..dengan berbesar hati kisah seram ini dipublishkan..untuk tatapan bersama..jom
ikuti..sebuah kisah di rumah lama British BUKIT LARUT, PERAK.
“Encik semua ni betul ke nak bermalam kat Villa lama tu ?...bukannya apa..tempat tu keras,,carilah hotel lain.”
Nasihat pemandu van yang membawa sekumpulan pelajar IPTA..
Hari itu cuaca indah..HANIF dan rakan2nya yang baru sahaja sampai di Villa British Lama yang terletak di Bukit Larut , Perak berpandangan sesama sendiri apabila melihat kelibat seorang kanak-kanak melintas di hadapan mereka.Sedang asyik bergurau tawa, mereka lantas mendiamkan diri.kelakuan kanak-kanak itu agak meragukan mereka..sedang asyik memerhatikan kanak-kanak itu dari jauh..tiba2 mereka disergah dari belakang..rupa-rupanya SYUXER . SYUXER mempunyai satu hobi yang menjadi kebiasaan para remaja..mngambil gambar..DSLR sentiasa berada di sisi dia.
“apa yang korang tengok tu? usha awek ek?” Tanya SYUXER .
Kanak-kanak itu menyangkung di bawah sepohon pokok yang rimbun tanpa menunjukkan mukanya..persoalannya sekarang..adakah apa yang mereka Nampak itu manusia atau sebaliknya...
“weih dah la,dah senja ni.mak aku pesan tak elok senja-senja kita dok luar,” pesan HANIF sambil memukul nyamuk yang berterbangan disekelilingnya.Mereka berlima pun masuk ke dalam villa lama tersebut tanpa mensyaki apa-apa kecuali..
Si HAZWAN .. HAZWAN musykil,,kenapa villa yang besar ini disewakan dengan harga yang murah .Baiklah pembaca,,dah nama pun villa..mestilah besar..banyak bilik.korang mesti pelik kan?kenapa mereka berlima ni sewa villa?? Ini semua disebabkan KURA .. KURA sebelum ni memang pernah dengar tentang kewujudan makhluk halus di villa tersebut lantas menerima cabaran dari rakannya untuk bermalam di situ tanpa pengetahuan rakan lain yang mengikutinya..pada malam itu juga SYUXER mengajak ke 4 rakannya untuk pulang..persoalannya…kenapa??
Kerana SYUXER telah diganggu.. di ganggu kelibat kanak-kanak aneh itu.sedang asyik SYUXER mendengar lagu di corong headphone yang dipakainya..cuba pembaca bayangkan sedang syok2 dengar lagu Bruno Mars..tiba-tiba keluar pulak suara budak yang bertanya ‘ Abang dengar tak suara saya? tolong saya…tolong saya bang..' mendayu-dayu suara budak tu mintak tolong sambil menangis teresak-esak.
So..apa reaksi korang kalau ada kat tempat Syuxer ? takkan nak relax lagi..blah la..
Malam tu,SYUXER beriya2 ajak kawan2 dia pulang.tetapi malangnya mana ada van yang nak angkut dorang turun dari tanah tinggi tu malam2 buta.nak tak nak,,terpaksa jugak la dia bermalam dalam villa tu.Akibat terlalu takut,,SYUXER tidur sebilik dengan ABU.. ABU adalah seorang yang berani .sewaktu sedang nyenyak tidur.. HANIF pula diganggu..tapak kaki HANIF digeletek sewaktu dia tidur.pada mulanya ,,HANIF menyangka ini hanyalah gurauan dari rakannya..lantas menyepak sekuat hati tangan yang mengeletek tapak kakinya “dush!” lalu HANIF bangun dan membuka lampu..OH MY ALLAH..
Tak ada siapa pun dalam bilik tu hanya HANIF seorang diri.meremang bulu roma HANIF ..kakinya yang terasa berat untuk melangkah dipaksanya juga..HANIF mngesot macam hantu “SUSTER NGESOT” dengan kain pelikat petak putih ke arah bilik ABU dan SYUXER ..waktu tu jam menunjukkan pukul 2 pagi..cubalah pembaca bayangkan..
Tengah syok2 bergayut telefon dengan insan tersayang tiba2 korang Nampak pula benda tengah mngesot kearah korang dalam cahaya suram gelap ..apa perasaan anda? Adakah akan meneruskan perbualan telefon? Atau mematikan panggilan.
Yang tengah bergayut kat telefon waktu tu HAZWAN .Si HAZWAN ni seorang yang lemah semangat..walaupun lemah semangat dia sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya “bye2 sayang” dan cepat2 bukak mp3 surah Kursi untuk menghalau HANIF yang tengah mengesot yang disangka hantu tapi sememangnya hantu kerana HANIF yang sebenar mengesot hanya separuh jalan
ke arah HAZWAN dan melencong ke ruang tamu..semakin kuat mp3 di pasang..semakin laju HANIF mngesot ke arah HAZWAN maka semakin kuatlah teriakan HAZWAN yang dalam ketakutan.si HANIF yang tengah mengesot itu semakin takut bila mendengar surah kursi di pasang..semakin laju dia mngesot bersama kain pelikatnya.
ARGGH!!TOLONG !! HAZWAN menjerit .setelah terdengar pekikan itu ,bergegas rakan-rakannya keluar dari bilik..rupa2nya ke semua mereka tidak dapat tidur pada malam itu..lampu yang sengaja di buka untuk menerangi kawasan villa itu tertutup dan terbuka dengan sendiri..macam-macam suara yang mereka dengar sekeliling villa..sekejap orang menangis..sekejap bunyi marah..sekejap bunyi sedang ketawa...dan yang paling menakutkan mereka makhluk halus itu mengejek bacaan surah kursi..perkara ini berlaku selama 30 minit.Mungkin satu tempoh yang pendek bagi kita yang tidak mengalami situasi itu..bagi mereka yang berada di tempat kejadian..Ya tuhan..mereka hanya mampu bertawakal agar keadaan semua selamat.. KURA yang bermulut puaka berkata ,“ korang pernah dengar ke manusia mati kene cekik hantu? Chill la,setakat ni dalam Metro tak keluar lagi kes camni”
Esok paginya mereka berlima menelefon pihak pengangkutan agar membawa mereka turun dari bukit itu secepat mungkin..
“kan saya dah pesan..villa tu keras..”sindir pemandu van yang semalam sambil mengangkat kening yang bersambung.Mukanya agak bengis.
“aku mngesot kat ko?? bila pulak??
aku ngesot terus turun bawah villa ke ruang tamu ,aku Nampak ABU dengan
“lepas tu lampu villa tutup bukak dengan sendiri kan? korang semua dengar macam-macam suara pelik ” Tanya pemandu van.
Kerana waktu sebelum van jatuh ke dalam gaung SYUXER sempat membuat rakaman..rakaman itu jelas menunjukkan bahawa hanya mereka berempat sahaja di dalam van..Syuxer,Hanif,Kura dan Hazwan..tiada kelibat pemandu van yang ada hanya suara misteri dan identiti pemandu van masih belum dikenal pasti..kerana mayat pemandu van belum dijumpai sehinggalah sekarang dan sehingga kini persoalan Arwah HANIF masih belum terjawab..siapakah pemandu van itu??
p/s: aku tau cerita ni memang tahyul sekadar hiburan, korang paham ke..tak paham ke..lantak koranglah..sila terjah pelakon dalam kisah seram ini..kerana mereka lebih mengetahuinya..hahak..
kisah ni aku reka taip 2011, tahun 2013 dalam traffic blog aku ramai jugak yang search pasal villa lama atas Bukit Larut..mungkin korang2 nak bercuti ke sana, mungkin jugak korang2 pernah dengar cerita misteri di sebalik Bukit Larut versi lain macam yang aku dengar dari nenek aku yang berlaku era 1980 , jadi kepada sesiapa yang pernah mengalami kejadian aneh tak kiralah dimana berlaku kalau nak share story boleh e-mailkan ke violet_chunkt@yahoo.com