Wednesday, January 30, 2013

UIA:TANGAN MEMAINKAN PERANAN AYUH SAYANGI ALAM SEKITAR !


ini adalah  Sungai Mariam..biawak-biawak selalu lepak bermandi-manda dekat sini

As Salam Alaykum

********************************************************

Sebelum ke topik alam sekitar mari aku ceritakan serba sedikit tentang UIAM yang terletak di Gombak,Kuantan,Persiaran Duta,yang dekat Nilai dah tutup semua pakat berpindah ke Petaling Jaya (Asasi)


OH My UIA-GOMBAK !.. 



Di sini kami mengguna bahasa perantaraan Arab dan Inggeris (dalam kelas)* kat luar lantak hang la nak cakap bahasa apa pun ..

Di sini tersohor dengan unsur Islamik pada mata masyarakat luar *oh..UIA ke..bakal ustazah ni..bakal ustaz la ni ..mesti pandai bab-bab agama..( ciri ini selalunya khusus untuk mereka yang berada dalam bidang IRK-Islamic Revealed Knowledge)

tetapi jangan terkejut sejurus sahaja anda melangkahkan kaki kanan mu masuk ke dalam UIA..pelbagai fesyen akan kelihatan .bukan semua berjubah, bertudung labuh, berkopiah, bersongkok. ada segelintir golongan M-Pop di sini..golongan vogue..mereka semua fashionable..ada yang hipsters ada yang gorgeous uolls..*nak masuk kelas macam nak masuk Pavillion.psst..tak salah berfesyen selagi tak langgar hukum syarak.


foto hiasan

kadang-kadang bila lihat suasana kat sini,rasa macam kat overseas..berlainan benua satu agama berkumpul bersama, Malaysia,Singapore, Indonesia,Vietnam,Turkey,Uzbekistan,China,India,Kashmir,Mesir,Japan,Korea,Palestine,
Nigeria,Finland,Syiria dan sebagainya *lebih 40 buah negara 


Pernah beberapa kali aku dan sahabat aku berjumpa dengan sekumpulan pelajar yang sama Mahallah dengan kami. Mereka sangat ramah sesama mereka, orangnya cantik-cantik putih macam cina berpipi merah semula jadi, pakaiannya pula ala-ala perempuan Hindustani tetapi mereka berbahasa seakan bahasa Turkey dan makanan harian mereka adalah roti, terdetik ingin bertanya dari manakah negara asal mereka tetapi belum berkesempatan lagi.*mohon lihat keseriusan aku

kepada kaum hawa yang tertanya mahallah (kolej kediaman) apa yang paling best di UIA? Mahallah Asiah aku syorkan..sebab mahallah ini la tempat kediaman aku selama 4 tahun *tawaran ijazah a.k.a degree 4 tahun

dan mahallah ini memenangi tempat pertama mahallah terbaik antara mahallah-mahallah lain. Mahallah Asiah mewah,cantik,cun,terbaik dan lebih privasi walaupun agak jauh dari Kuliah (fakulti) .Yang kaum adam pulak aku tak tau. Di sini, kalau kita tidak tahu nama seseorang untuk diajukan persoalan, panggilan sister atau brother digunakan mengikut kesesuaian jantina la..kalau agak-agak macam ada keraguan..kau panggil dia 
"manusia neraka tersedia untuk mu!"- petikan bakal seorang doktor jantung adik Ariff Asterisk

"Betul ke budak-budak UIA ni sombong dan berlagak pandai? " jawapan aku tengok pada orang..manusiakan rambut lain warna.. gigi sama putih kuning2 karat.*budak uia terlampau ramah ada.. yang sombong dan pemalu pun ada..

"Betul ke nak dapat 4flat atau dean list dekat UIA bukan celah gigi/susah?" jawapan aku tak semua benda senang kalau kau rajin usaha kau dapat hasil [85 A solid]. Kalau rajin mengulang kaji mempraktikan formula-formula dan kuat daya ingatan menghafal, dalil Al-Quran dan Hadith untuk menyokong sesetengah jawapan, kau dapat [85 A solid]. Kalau kau rajin berusaha,berdoa,mendapatkan restu dan rahmat dari kedua ibu bapa serta bertawakal
 insha-Allah boleh.*seorang pensyarah aku sering mengingatkan anak muridnya tentang hal ini.

Tak guna jugak kalau kau usaha lebih akan tetapi mempunyai konflik dengan ibu bapa.*tiada keberkatan ya anak-anak..

Namun, kalau tak dapat [85 A solid] jugak, maknanya bukan rezeki dan sila usaha sekali lagi.

Bila tengok langit yang berada di atas kubah biru masjid UIA berdepan dengan perpustakaan,.rasa macam "lukisan"..cantik dan indahnya ciptaan Tuhan.Bila solat dekat masjid UIA,.macam-macam ragam..masing-masing ikut mazhab sendiri.
Ada yang solat sambil dukung anak kecil..ada yang solat pakai seluar nampak kaki..dan macam-macam lagi yang jarang kelihatan di masjid-masjid tempatan.




Masjid Sultan Hj Ahmad Shah-UIAM waktu pagi sebelum jam 10



itulah dia serba sedikit tentang UIA

moh ke aktiviti yang dapat dibuat selain ke kelas !





Lokasi  : Tasik Sungai Mariam
Aktiviti : Mengutip Sampah
Hari : Jumaat






Tahukah anda,mereka yang mempunyai dagu berlekuk mempunyai ciri personaliti yang unggul..? contohnya dia seorang yang menjaga kebersihan alam sekitar.. *puiih..puiih..keluar kahak hijau ==`
Persoalan ini sebenarnya menjadi persoalan bagi aku.jadi kepada siapa-siapa yang berdagu lekuk sila kongsikan serba sedikit tentang personaliti anda.
Gambar yang aku pamerkan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk dijadikan iktibar atau dalam omputih kita panggil moral values..kepada sayang-sayangku ..sayangilah alam sekitar !!

 antara sampah yang aku jumpa dekat keliling Tasik Mariam ni. :

1) botol plastik
2) beg plastik
3) selipar
4) bola tenis
5) bekas polystren
6) jaring 
7) kotak rokok
8) cengkerang....blablabla..prungpangprungpang..




Saudari Ilmi yang berusaha menutup tong sampah sementara saudari
Husna menutup hidung

Mari mencari sampah

Ok, asalnya sampah ni terikat dengan elok dalam plastik hitam
tapi jadi cenggini gara-gara anjings liar 

hasil sampah yang dikutip dibuang dengan jayanya



Berbangganya kami bergambar bersama bahan terbuang, sekaligus aktiviti ini merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain..^^
hubungan antara..

"manusia dengan manusia...
manusia dengan alam sekitar"


hari tu aku nampak orang buang bayi sampah besar dalam longkang.Tahukah anda,aktiviti membuang sampah di dalam longkang boleh menyebabkan saluran parit tersumbat.Maka,fikir-fikirkan lah,jangan di sebabkan kelakuan #jijijikpenuhkehinaan anda menyusahkan orang ramai kelak.^^

Artikel berkaitan UIAM:
pusat asasi uiam, cfs iium

43 ,134 blogger sensasi komen:

Syazana Zainn said...

bff itew pon uia gombak :)

alhamdulillah dr seorang yg agak dikatakan rebel dan berfashion pelik beliau menjadi muslimah yg lebih baik di uia.

:D

nabByla said...

semangat kitar semula ! yeahh! ;)

SN said...

kt sana boleh pakai purdah yeee~

fadh leyanie said...

@Tasha
kalau ikutkan rasanya tak boleh, tapi ramai jugak yang pakai purdah :D

fadh leyanie said...

@Syazana Zainn
muslimah bukan sebarang muslimah tu. :D

fadh leyanie said...

@nabByla save the earth !

NIA SI DRUMSTICK said...

wahhh.rajin nye fadh..kutip..jgn xkutip..hehe

aNiss :):) said...

bagus-bagus jaga alam sekitar !! hehe. sama laa kat upm ramai dak international tapi tak tau agama apa. kalau uia sah-sah laa islam. hehe

Ann Ishak said...

activity yang baik, bagus kalau di kekalkan

izzahdegreat said...

baru tahu korang panggil kolej tu mahallah...
btw nice info tntg uia...terime kasih :)

Umie Naziera said...

bagus2..beramah mesra dgn alam sekitar

MalizaMah said...

yup.. esok pun sekolah leeza ada gotong-royong...

Yaya Mohd said...

owh..mcm tu ke..ingtkan kt UIA tu satu fesyen je..mcm2 rupenyer..huuu
wahhsangat rajin mmbersihkan alm skitar..bguih..^_^

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum,,pelbagai gaya..mcm2 citarasa,,aneka ragam..namun matlamatnya satu untuk menuntut ilmu kerana Allah..

Nesa Wazir said...

wah! rajinnya..bgus2

dariilhamkehati said...

wah rajinnye .. :D

ismi nurash said...

bagusnya..berbudi pada alam :)

FarhanahAdzlan said...

macam best jee UIA memang best pon nak masuk situ tapi takde arab pulakdahh huhuhu.

Ryienaamal said...

Cunnya masjid uia..Subhanaallah..^_^

Ryienaamal said...

Cunnya masjid uia..Subhanallah.^_^

fadh leyanie said...

@FarhanahAdzlan
sy pun xde basic Arab, beleh je masuk,nanti dia ajr dari level bwh :D

Maria Menado~ said...

wah.. rajinnya.. jadi macam jepunla negara kite kalau semua orang macam fadh ni. hehe. =)

shar90 said...

tingin gak nk tau org pipi merah semulajadi tuh org mne... hehee
rusia kah atau khazakhstan kah... hehee xD

Unknown said...

environmentalist lah ni.. :)

AimiiiLove said...

auwwww, saya pun student UIA jugak! hii dear <3 amboii, over mahallah Asiah cantik! tak aci, AMINAH lah yang lawa, bilik macam kondo! lol

Unknown said...

suka gak wat aktivis mcm ni! tp tade peluang la skrg...

EkaTikah said...

cantiknya masjid tu.. :D

Park Arn Norizat said...

Pict 2nd last: keletihan terpancar d wajah.. pape pun.. good job...

Diari Si Froggie said...

oh UIA Gombak.. masa gua tingkatan 1-5 sukan sekolah gua buat dekat stadium UIA sampai generasi anak buah gua sekarang.. Sepupu gua sekarang ada sorang kat sana study engineering.. Dulu mak gua pun pernah bukak gerai goreng pisang, kuih muih kat kantin mahallah apa ntah (pun lupa :P) 2 orang kawan sekolah menengah gua pun ada kerja dekat azman hashim complex tak silap gua.. oh UIA.. kah3. :P

Unknown said...

macam best T_T

FarhanahAdzlan said...

Uia boleh masuk walau xde arab?yg saya ada subjek pendidikan islam shja huhu. kat situ ada program diploma tak?saya nak amik course usul fiqh boleh ke?

aNiss :):) said...

lame menyepi. hehe

Shiqin Sunshine said...

wahhh macam2 cerita dalam ni...huhu....bagus2 sayangilah alam sekitar ye...

hehe, biasa gak dgr UIA mcm tu...nama UIA tp kekadang student dia same gak macam U lain...certain people only...hehe

boni kacak said...

betul ke kalau dagu lekuk punya karisma yang macam tu??? wah. bagusnya..hehehe

awak bila nak ajak saya pergi uia ni?haha

CikTeddyCorner said...

hargai alam sekitar! :D

fadh leyanie said...

@Miss A mahallah aminah pun cantik..semua mahallah cantik..tapi yg paling cantik asiah..haha..:D

fadh leyanie said...

@Miss A mahallah aminah pun cantik..semua mahallah cantik..tapi yg paling cantik asiah..haha..:D

fadh leyanie said...

@Aida Omar
oh seribu satu bermacam kisah ! :D

fadh leyanie said...

@FarhanahAdzlan boleh je masuk kalau tiada basic arab, tapi kalau nk amik aliran Agama seeloknya ada basic arab sebab proses pembelajaran usul fiqh dalam bahasa Arab,setakat ni yg sy tau uia menawarkan ijazah,diploma xde.mungkin boleh ambil dip di kolej agama (cth kuis,kuim) lain/ masuk asasi uia dan sambung ijazah di sini =D

fadh leyanie said...

@boni kacak org dagu lekuk selalunya macam tu.kahkah..eh mai la uia bila2 pn.

Fifieyqa said...

amboiii rajinnye dia..bagus2..kita memang kena cintai alam sekitar..

btw,nanti kalau jumpe pak arab yg ganteng2 tolong kirim salam la ye..haha XP

Pwincess said...

Kutip sampah tu amalan muliaaaa =D

FarhanahAdzlan said...

okayy thankz a lot akak :) may Allah bless u :)

JEJAK LU ORANG