Well..Let the story begin with..
First of all I don`t know why he want to find " cina buta " Ya Allah bagi aku kekuatan untuk meneruskan entri ni..
adakah ini berunsur suspen? Pakwa siapa?
|
JANGAN CUBA MENJADI SEPERTI BEGINI SETELAH BACA KISAH TRAGIS MAGIS GUA |
Assalamualaikum,gua masih waras lagi untuk memberi salam.Amacam tajuk post gua?ada siapa-siapa yang pernah mengalami nasib yang sama?apa!!ada?kalau ada gua ucapkan salam simpati..hadoo..kesian lu.Biar gua mulakan hot story dengan
kisah abang rampas kekasih adik.,
|
JANGAN RAMPAS KEKASIH ADIK |
Hey abang! Lu tak de awek lain ke nak rampas?asal lu rampas kekasih adik lu..kesian la kat adik lu.Dah lama dia berkawan dengan awek tu.Tup-tup lu pulak yang sapu.Sebagai abang patut ke lu rampas kekasih adik lu?Lu tak rasa ke hubungan antara adik-beradik lu akan berantakan kerana sikap lu tu?
Lu tak rasa ke yang adik lu berasa sangat kecewa dengan sikap lu? Kepada abang yang rampas kekasih adik..fikir-fikirkanlah.Jangan disebabkan orang luar hubungan adik-beradik berpecah terbelah-belah-belah ...Gua pulak yang terlebih emosi.Kalau berada di tempat perempuan tu mesti susah.Kesudahnya dua-dua melepaskan kentut berangin kosong.
Kisah Pakwa nak cari cina buta.,
|
KENAPA ITU OLANG MAU CALI SAYA? |
Yang ni gua tak tahu la pakwa siapa.dan gua pun tak pasti apa tujuan pakwa dia nak cari cina buta.Ini antara beberapa sebab yang gua rasa :
Sebab pakwa dia nak dermakan organ mata tanda kesian kat cina buta tu barulah awek dia kata “wah..baiknya pakwa aku sampai nak derma organ mata,inilah pakwa yang aku cari selama ini .”
Mungkin jugak sebab cina buta tu ada simpan rahsia siapa ibu kandung sebenar pakwa dia.ala..macam dalam drama melayu tu.
Mungkin jugak sebab pakwa dia nak jadi waris kepada cina buta tu sebab cina buta tu kaya beraya dan tiada anak untuk di bahagikan hartanya.
Mungkin jugak sebab cina buta tu lagi cun dari makwa dia.
Pelbagai kemungkinan yang gua pandai-pandai buat…lu orang ada kemungkinan jugak nak buat?
Kisah gambar Ajinomoto.,
Buat sesape yang tak pernah tengok atau tak kenal dengan Aji ni..meh tengok gambarnya.Gua nak memperkenalkan this is..
Gua pernah lalu depan kilang Ajinomoto.
Kisah surat cinta klasik.,
Gua tahu yang search keywords ni mesti bukan calang-calang orang.Dia seorang pelajar pintar yang sedang menuntut bahasa melayu..dan dia dari German dan orang German yang cuba mendalami bahasa Melayu.Mengikut feedjit live source gua la.
Tengok! memandai-mandai je gua buat andaian.Korang pun percaya seketul-seketul.wakaka.
Atau mungkin dia ni seorang yang puitis dan cuba nak jadi puitis lagi.kengkonon nak hantar surat/email kat awek dia.Surat cinta klasik mampu menambat hati gadis melayu ..ini adalah fakta bukan auta.
Kisah Idgham Maal Ghunnah.,
Gua khatam Al-Quran masa darjah 3 tahun 2002 dan menjadi peserta yang termuda di Masjid Wilayah..masa tu gua lah yang paling kiut-miut,ini kisah benar,takdenya gua nak kelentong lu orang..Idgham Maal Ghunnah ini adalah tajwid (hukum nun mati dan tanwin)di dalam Al=Quran di mana bila kita jumpa ayat Nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf Idgham.yakni, “ya”,”wau”,”mim”,”nun” dibaca dengan dengung.Ada jugak yang tak tahu apa itu tanwin.Tanwin adalah Dua baris di atas,dua baris di bawah,dua baris di depan.Harap dapat faham sedikit perkongsian gua ni.Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi gua di nombor 999.Dah sampai penjara hantar
e-mail kat gua nanti gua datang sambil membawa buku tajwid dengan senaskah Al-Quran.
Kisah Orang makan Janin.,
Kisah ni dah semakin popular.Gua rasa yang makan janin ni tiada perasaan atau tiada selera yang asli.Deria lidah mengalami kerosakan kronik.
Berselerakah anda makan janin?sedapkah? sesiapa yang nak usha chef potong janin dan buat sup boleh usha link ni….
MAKAN BAYI SEDAP WOOOO
Kisah Bukit Bintang Gothic dan Sebuah seni tangan yang bagus.,
Kisah ni gua campurkan sekali.Gua dulu adalah budak emo yang berkawan dengan budak Gothic.Celak dibawah mata adalah kebiasaan bagi gua.Bukit Bintang adalah tempat kami berkumpul.Kadang-kadang kami jugak ada pergi gigs..underground.Macam-macam fesyen yang di pamerkan muda-mudi yang baru nak kenal dunia.Bagi gua emo itu cool..yeah really cool..aha..emo sampai gua toreh tapak tangan gua sendiri.Biasala zaman remaja.Semua kita nak try.Sampai sekarang torehan itu masih ada.
Torehan yang di conteng dengan pen merah stabillo dakwat basah yang beli kat Jaya Jusco Taman Maluri takkan pernah hilang selagi gua tak ambil air wuduk.Gua bukanlah budak emo seperti yang gua ceritakan.Itu semua kawan-kawan gua.Gua budak emo yang baik.Budak emo yang selalu beremosi di dalam hati.Bila hati kita beremosi kita akan dekat dengan pencipta kita .Sekarang gua dah jadi budak bertamadun dalam bidang psychology dan gua dah tahu kenapa ada manusia yang suka nak toreh-toreh diri dia sendiri..kerana mereka mengalami tekanan emosi tinggi.
|
BEST KE WEYH MAIN TOREH2 TANGAN ? LU ORANG DAH TRY ? |