Tuesday, March 22, 2011

Saya da tahulah ibu, ayah. Saya tahu yang saya menghidap penyakit Spinocerebellar ataxia=(

  

Ringan sekali di bibir ini untuk menutur tasbih dan Suasana aman dan damai jelas terasa pada petang itu.
mengucapkan zikir. Matahari yang makin hilang dari 
pandangan menunjukkan kebesaran ilahi. Kejadian
 fenomena alam semulajadi cukup membuatkan seorang
 hamba berasa kekerdilan diri ini.

“Assalammulaikum” seseorang tiba-tiba menyapa Muhaimin dari belakang.

“Waalaikumussalam. Oh, ayah rupanya” Muhaimin menjawab sejurus berpaling kepada tuan empunya suara.

“Ayah nak cakap sikit dengan kau. Ayah perasan kebelakangan ni kau memang suka bersendirian je” ayahnya menyambung.

“Er, tidaklah” Muhaimin sedikit tergagap. Namun jelas disudut hatinya untuk menceritakan seribu masalahnya kepada ayahnya. Beliau seorang yang mudah memahami perasaan orang lain.

Beliau ialah Rahim bin Abdullah. Muhaimin cukup bangga dengan ayahnya dan dijadikan idolanya sepenuh masa. 

“Ayah tahu yang kebelakangan ni kau asyik menangis dalam bilik kan?” soalan yang pantas menikam dada Muhaimin.

“Hurm” dada Muhaimin mulai sebak, lidah mula membisu dan air mata mula berlinangan keluar.

“Sebenarnya kebelakangan ini saya asyik teringat tentang kematian. Suasana alam barzakh seolah-olah tergambar dalam fikiran saya.” 

Pak Cik Rahim cukup terkejut dengan jawapan anak lelaki tunggalnya itu. Ingin sekali dia memberitahu rahsia yang disimpan bersama isterinya selama ini. 

“Ah, itu menunjukkan yang Allah sayangkan kau dan tidak mahu kau terjelumus dalam maksiat” Pak Cik Rahim menjawab tenang.

“Harap-harap begitulah ayah. Jom kita pulang”

__________________________________________________________________________________________________________________


Pagi itu terasa sungguh nyaman. Muhaimin baru selesai solat subuh berjemaah bersama keluarganya. Ayahnya sebagai ketua keluarga menjadi imam untuk solat tersebut. 

“Siap-siap untuk ke sekolah Muhaimin” 

“Baik ibu” 

Muhaimin seorang pelajar di Sekolah Menengah Wangsa Maju. Dia seorang pelajar yang biasa. Oleh kerana dia berasal dari sebuah keluarga yang miskin, dia sering dipulau oleh rakan sekelasnya. Hanya seorang murid perempuan yang berasa simpati dengan keadaannya.

_________________________________________________________________________________________________________________


Siti Farhana keluar dari kelas agak lewat hari itu, dia perasan yang kawannya Muhaimin masih termenung di tempat duduknya. Ingin sekali dia menyapa dan bertanya khabar. Sekolah hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Dia memahami perasaan Muhaimin yang asalnya seorang murid yang bijak tetapi mengalami tekanan daripada rakan-rakannya yang lain.

“Hoi, tak keluar rehat ke?” 

“Oh, aku tak ada duit lah. Lagipun aku dah sarapan kat rumah tadi” Muhaimin membalas dengan senyuman.

Farhana kenal benar dengan keluarga Muhaimin. Ayah Muhaimin yang bekerja sebagai peniaga kuih dan ibunya pula adalah seorang suri rumah. Muhaimin ada seorang adik perempuan yang bernama Aina. Aina bersekolah petang manakala Muhaimin bersekolah pagi.

_________________________________________________________________________________________________________________


“Tolong la bagi balik beg aku!” Muhaimin meminta supaya Syed dan kawan-kawannya memulangkan beg sekolahnya yang telah dirampas. Dia harus cepat pulang kerana perlu ke Sekolah Rendah Wangsa Maju yang terletak 500 meter dari sekolahnya. Dia harus memberikan kasut kepada adiknya pula kerana mereka berdua berkongsi kasut sekolah.

Farhana yang melihat kejadian tersebut terus membaling batu kearah Syed. Syed yang bengang terus menghempas beg sekolah Muhaimin dan beredar dari situ. Farhana mengambil beg dan diberikan terus kepada Muhaimin. 

“Terima kasih, tak taulah ape yang jadi kalau kau takde tadi” kata Muhaimin dalam keadaan termengah-mengah.

“Takde ape-apelah, kita kan kawan” 

Mereka berdua pun berjalan pulang. Sekolah Aina adalah dalam laluan pulang mereka berdua. Setelah sampai di Sekolah Rendah Wangsa Maju, kelihatan Aina sedang menunggu mereka di perhentian bas di hadapan sekolahnya. Maka terjadilah pertukaran, Aina memakai kasut manakala Muhaimin memakai selipar.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, hidung Muhaimin tiba-tiba berdarah. Badannya menjadi lemah dan dadanya terasa seperti ditekan. Farhana terkejut melihat keadaan kawannya . Muhaimin lalu pengsan dan terjatuh ke jalan secara tersembam. 

Pak Cik Rahim dan Mak Cik Sofia terus bergegas ke hospital. Mereka begitu cemas dengan keadaan anak lelaki tunggal mereka. Mulut tidak henti menutur tasbih dan menyebut nama Allah. Doa tidak putus-putus dibaca sepanjang perjalanan mereka ke sana.

Teksi yang disewa meluncur laju memasuki perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Hati ibarat tertusuk pedang apabila melihat Muhaimin terbaring di atas katil. Ini adalah kali ketiga Muhaimin masuk ke hospital.

“Saya doktor Halim. Siapa Ibu bapa pesakit?, sila ikut saya sebentar.” tanya doktor yang telah merawat Muhaimin tadi.
Pak Cik Rahim dan Mak Cik Sofia terus mengikuti doktor tersebut masuk ke pejabatnya.

“Anda sudah tahu tentang hal ni bukan?, ini adalah kali ketiga dia masuk ke hospital ini.” kata doktor tersebut.

“Kami sudah tahu yang Muhaimin menghidap penyakit Spinocerebellar ataxia.” Jawab Mak Cik Sofia dalam keadaan sebak. Pak Rahim hanya mampu meredakan isterinya yang mulai menangis.

“Setakat ini memang tiada lagi penawar untuk penyakit ini. Kelmarin, baru ada seorang lelaki tiga-puluhan yang meninggal akibat penyakit ini. Tetapi anak Encik menghidap penyakit ini dalam usia 14 tahun. Badannya belum cukup kuat untuk melawan penyakit ini. Mungkin anak encik mampu hidup dalam masa 3 bulan sahaja lagi.” terang Doktor Halim.

Hati Pak Cik Rahim dan Mak Cik Sofia ibarat terbakar di atas api yang membara. Mak Cik Sofia terus menangis manakala Pak Cik Rahim cuba menahan rasa sebak didada. Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya perasaan pasangan suami isteri tersebut ketika itu. 

Sejak dari itu Muhaimin hanya tinggal di rumah sahaja. Namun, perkara itu masih dirahsiakan oleh ibu bapanya. Ingin sekali seseorang ayah atau ibu melihat anaknya hidup gembira tanpa ada rasa gelisah dan risau. Alasannya supaya Muhaimin tidak ke sekolah adalah kerana Muhaimin sudah selesai peperiksaan akhir tahun lagipun dia tidak perlu bersusah payah untuk berkongsi kasut sekolah dengan adiknya, Aina.

_________________________________________________________________________________________________________________

“Cepatlah abang, ambik bola tu” kata Aina yang meminta Muhaimin untul mengambil bola yang telah disepak tadi.

DUMM! Aina terus berpaling, kelihatan abangnya sekali lagi tersembam di atas tanah. Dagu abangnya penuh berdarah. Dia terus menjerit memanggil ibu bapanya

“Dia mula hilang keseimbangan badan. Itulah sebabnya dia mudah tersembam dan menyebabkan tulang dagunya retak.” 

“Adakah ini antara kesan penyakit ini doktor?” 

“Er..” doktor Halim sedikit berat mengungkapkan katanya. “Ya, penyakit ini mampu menghakis sel-sel dan mereputkan tulang. Ia juga menyebabkan seseorang sering berasa berdebar-debar, lidahnya mudah kelu. Tetapi ada juga yang sehingga lumpuh, bisu dan pekak.” Terang Doktor Halim secara mendalam.

Mak Cik Rahim hanya mampu redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi. Tiada jalan lain baginya kecuali berdoa dan bertwakal.

Malam itu juga Muhaimin dibawa pulang kerana tiada wang unutk membayar kos penginapan. Muhaimin dan Aina dibawa ke biliknya untuk berehat. Malam itu, Mak Cik Sofia hanya menangis mengenang nasib anaknya. 

Aina tiba-tiba bangun apabila mendengar tangisan ibunya. Dia mula ingin tahu mengapa ibunya menangis. Dia mencuri dengar perbualan ayah dan ibunya.

“Sudah-sudah lah Sofia, abang pun sedih tapi kita tak mampu buat apa-apa lagi. Jagalah Muhaimin baik- baik dalam masa dia hidup ini. Belum tentu dia akan mati dalam tempoh yang diberitahu. Ini adalah kuasa ilahi.” Pujuk Pak Cik Rahim.

“Saya tahulah, tapi doktor tu cakap penyakit ni takde penawar lagi. Macam mana ni bang?” balas Mak Cik Sofia bersama tangisan.

Pak Cik Rahim hanya mampu mendiamkan diri. Di lubuk hatinya juga ingin melepaskan kesedihan dengan menangis. Namun, apa gunanya dia sebagai seorang lelaki jikalau hanya mampu menangis bukannya memujuk. 

Percakapan ibu bapanya jelas didengar oleh Aina. Walaupun masih di Darjah Lima, dia sudah mempunyai fikiran yang matang. Dia memahami yang abangnya menghidapi penyakit yang serius. 

Esoknya, Farhana datang ke rumah Muhaimin untuk melawat. Kelihatan keluaraga Muhaimin sedang sibuk mengemas.

“Assalamualaikum pak cik, laku ke jualan kuih hari ni?” Pak Cik Rahim tiba-tiba ditegur Farhana.

“Oh, farhana. Alhamdulillah,Jualan hari ini memuaskan. Ade ape kamu datang kemari?” soal Pak Cik Rahim

“Saya ingat nak jumpa Muhaimin. Hehehe” jawab farhana diikuti ketawa kecil.

“Laa, kalau macam tu kau makan tengahari kat sini je la” pintas Mak Cik Sofia

“Okay”


“Tuktuktuk. Abang, jom makan.” Aina mengajak abangnya keluar makan.

“Okay.” Jawab Muhaimin bercampur batuk. Suaranya serak dan tidak bermaya.

Setelah keluar, Muhaimin duduk di meja bertentangan dengan Farhana. Dia hanya diam seribu bahasa dan tidak mengeluarkan sebarang suara. Matanya kelihatan layu. Badannya semakin susut dan hidungnya kemerah-merahan.

“Er, kau sihat?” Farhana memulakan bicara.

Muhaimin hanya mengganggukkan kepalanya. Sudah tiada tenaga lagi untuknya mengeluarkan kata. Mak Cik Sofia menghulurkan sudu untuk Muhaimin. Namun, Muhaimin hanya memandang tepat mata ibunya itu. Dia seolah-olah mahu mengucapkan sesuatu. Dia mengangkat tangannya untuk mengambil sudu.

Tangg!! Sudu itu terlepas dari genggaman tangannya. Semua yang berada disitu beralih pandangan kearah Muhaimin. Badannya terketar-ketar dan menggigil dan dia terus pengsan.

Pak Cik Rahim mengangkat anaknya masuk ke bilik. Dia membasuh kepala Muhaimin dengan air. Farhana yang berada di situ hanya terdiam kaku. “Apa yang berlaku kepada Muhaimin?” soalan ini tiba-tiba keluar dalam dirinya.

“Abang sakit teruk.” Aina tiba-tiba bersuara.Farhana dan Mak Cik Sofia yang berada di situ terkejut dengan percakapannya.

“Sakit?” Farhana terus bertanya. Dia benar-benar ingin tahu tentang keadaan Muhaimin.

“Sebenarnya, Muhaimin menghidap penyakit kanser yang dikenali sebagai Spinocerebellar ataxia. Penyakit ni belum ada penawarnya. Hurm, doktor ade bagitau yang peluang untuk Muhaimin sembuh amat tipis.” Pak Cik Rahim yang mendengar perbualan mereka terus memberitahu hal yang sebenar.

“Abang?!!” 

“Sudah masanya kita memberitahu hal yang sebenar”

___________________________________________________________________________________________________________________

Pak Cik Rahim dan isterinya masuk ke bilik Muhaimin. Kelihatan Muhaimin sedang bersandar di dinding berhampiran tingkap. Air matanya berlinangan keluar ibarat kristal-kristal cahaya yang jatuh ke bumi. 

“Ayah ada satu berita nak bagitahu kamu, tapi kamu jangan terkejut” 

“Hurm, pasal penyakit tu ke?” Muhaimin membalas tidak bermaya.

“Hah? Penyakit ape pulak?”

“Saya dah tahulah ibu, ayah. Saya tahu yang saya menghidap penyakit Spinocerebellar ataxia.”

“Mana kau tahu semua ni?”

“Doktor Halim dah bagitahu semua” Air mata Muhaimin kelihatan mulai berhenti. “ Ayah, ibu. Kalau saya tak hidup lama pun, saya tak kisah. Yang saya nak ibu dan ayah tidak sedih atas kematian saya.”

Mak Cik Sofia terus memeluk erat badan anaknya sambil berlinangan air mata. Di bawah sinaran bulan dan bintang, jelas sekali kekerdilan insan yang tidak mampu menentukan nasib mereka sendiri. Hanya doa dan tawakal yang mampu mengubah segalanya.

__________________________________________________________________________________________________________________

Muhaimin sudah mulai bisu dan lumpuh. Makan pun perlu disuap. Kemana pergi menggunakan kerusi roda. Setiap hari, Farhana akan datan membawa Muhaimin berjalan-jalan. Muhaimin sudah seperti mayat hidup. 4 kali seminggu harus berulang alik ke hospital. 

25 Oktober, ketika hari jadi Aina dilangsungkan. Muhaimin telah meninggal setelah seminggu menetap di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Muhaimin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wangsa Maju. Ketika mayatnya dimasukkan ke liang lahad, tiba-tiba…
.
.
.
.
.
.

Gedebukk…aku terjatuh dari katil. Huh, mimpi rupanya. Sejak bila nama ayah aku Rahim? Nama mak aku Sofia? Mimpi rupanya. Tapi……………………… Kenapa aku kat hospital?

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!



(cerita ni dapat dari I LUV ISLAM.COM..) yane pon trtipu jgak  ! bagus la penulis ni..
CLICK SINI :)

2 ,134 blogger sensasi komen:

Anonymous said...

waaahhh.wat penat ja nanges sedu sedan..sedih tp hepi ending..sbb mimpi je kan...hahahaha

fadh leyanie said...

lek lu,,haha..nasib baik mimpi..!

JEJAK LU ORANG