WAKTU KITA GEMBIRA..JANGAN LUPA ADA YANG SEDANG BERSEDIH |
Assalamualaikum..sebelum aku berangkat pergi..aku ingin mngucapkan ribuan terima kasih kepada para readers dan bloggers yang sudi singgah ke web page blogspot aku ini ,yang sudi memberi respon,yang sudi menjadi follower..maaf,,minggu ini aku jarang blogwalking ke tempat kalian kerana lappy aku mengalami kerosakan dan perlu menjalani pembedahan..
Semakin hari..masa aku semakin suntuk..hah..aku mengeluh sendiri..aku tidak mahu meninggalkan rumah..aku sayang akan detik berada di rumah..ada yang bertanya kepada ku..
“kau tidak bosankah berada di rumah selalu?”
Bagi aku..duduk di rumah ini lagi aman daripada berada di dunia luar yang penuh pancaroba itu..
Sudah 3 bulan aku berada di rumah..sudah 3 bulan aku tidak memerah otak memegang buku..sudah 3 bulan aku hidup dalam ketenangan..sudah 3 bulan aku bergelak tawa bersama keluarga ku..sudah 3 bulan aku rajin membaca entri blogger..dan
kini sudah tiba masanya untuk aku berangkat pergi meninggalkan mereka..sudah tiba masanya untuk aku menyambung kembali pengajian ku..entah kenapa,,berat sungguh rasa hati ini untuk melangkah pergi..bila dunia luar ku terokai pasti akan ku temui dengan seribu kepenatan,seribu kecabangan,seribu ragam manusia,seribu bebanan…aku khuatir akan semua itu..mampukah sekali lagi aku berhadapan dengannya..semangat aku hilang.
apakah aku mampu untuk menempuh segalanya sehingga Hari Raya Aidilfitri menjelma..nampak gayanya tahun ini sekali lagi aku akan berbuka puasa bersama rakanku..membeli juadah Ramadhan bersama..silap haribulan membeli baju raya bersama..
sekali lagi aku akan bangkit meneruskan perjuangan demi masa depanku..segala harta benda ku telah ku packing..selamat tinggal dunia blog hanya untuk minggu pertama di pusat pengajian ku,,kerana aku bakal menjadi manusia yang tersibuk..
p/s: selepas ini yane mungkin akan jarang berblogwalking ke tempat kalian....kalau ada masa yane pasti berkunjung ke tempat kalian..selamat tinggal…sayonara..lub u all..