Monday, April 18, 2011

DOKUMENTARI SERAM "PENUNGGU ISTANA"


so..cerita penunggu istana ni berkisahkan apa sebenarnya? melalui informasi yang yanie dapat..Penunggu Istana merupakan sebuah filem dokumentari sekumpulan mengenai istana lama di Perak.Istana Billah kalau xsilap. Mereka pelajar ASWARA  merakam beberapa perkara ganjil menggunakan kamera mereka. Tanpa disangka, mereka telah di'teman' sejak mereka tiba lagi....macam gempak citer ni,,wajib tonton bagi siapa2 kat luar sana yang minat tentang dunia paranormal,,and siapa2 yang tak percaya tentang kewujudan makhluk2 alam lain ini.bagi sape2 yang xpernah kena ganggu  dengan makhluk ni mmg sukar untuk korang percaya dengan kewujudan nya..
 jom ikuti sinopsis filem ini :



Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

mereka2 yang terlibat dalam pngambaran





dalam pngambaran seekers yang lepas,seorang pngkaji paranormal seekers bernama Salim koma,mnjadi cacat seumur hidup shingga sekarang..APAKAH mereka yang terlibat dalam filem ini mgalami nasib yang sama ???
adik2 yang bawah umur 13 tahun,,di syorkan mmbawa 

parents atau kakak abg yg dewasa..kalau nak tengok filem

 ni...termasuk lah adik gue..filem ini bakal ku tonton !!





sumber : blog uncle seekers,TV 3 THE MAKING Of  PENUNGGU ISTANA

7 ,134 blogger sensasi komen:

semutsengal said...

huyoo.macam real siot.

Mohd Hazwan said...

jangan jadi cam cite paranormal activity tu dah la..bosan jerk

fadh leyanie said...

tu la,,bahaya2..mungkin dsebabkan keadaan gelap..sbb tu tjatuh

Nora Shahaira said...

memang tak akan tengok woooo...paling takut...

Unknown said...

kasi yanie tgk dulu
pastu kasi review
pastu br kami tgk:)

fadh leyanie said...

orait shark..! haha
yanie kasi review pastu cter kat hangpa no..:)

Anonymous said...

Wonderfully well written article..

JEJAK LU ORANG