Wednesday, December 30, 2015

Puisi Terpaku

Diam kaku tak tahu
Mulut kunci terpaku bisu
Mata merenung
Hati merintih
Kau genggam erat
masih sakit

Ouch! Sakit ke.


Dalam kehidupan ini. Kita diberi ruang untuk memilih. Jadi. Mengapa memilih sesuatu yang merosakkan rasa hati sendiri.

Yanie Amaryllis, Disember 2015

p/s: psssttt... esok aku first final exam untuk terakhir kali, InshaAllah.

Saturday, December 19, 2015

Puisi Cis!

Kengkonon Berpuisi
Semalam aku girang
Meski dalam mimpi
Dua naskah
Satu putih bertajuk merah
Satu kuning bertajuk hitam
Terkandung bait bait puisi
Berontak kata memujuk hati
Buat kudapan
Engkau yang lara
Aku hulurkan


Pentas puisi lama aku tinggalkan. Rakan rakan pemuisi sudah ramai yang pencen. Aku rindu kalian.

Dan. Aku juga bakal rindu rakan rakan sekuliah aku. Akan datang kita akan bawak haluan masing masing. Tiada lagi gelak tawa tangis kita bersama.
Aku bakal rindu kalian.

Wednesday, December 16, 2015

Hukum Bunuh Diri Apakah Jenazahnya Boleh Disolatkan?


Ada jenis manusia yang susah nak terima hakikat. Terima hakikat mungkin susah bagi sesetengah individu. Mungkin sebab hati manusia itu degil, faktor, kau jauh dengan Tuhan.-Babak Kosong
_______________________________

Tapi kau nampak dekat dengan Tuhan. Tidak, kau sebenarnya jauh dari Tuhan. Cuba kau dekatkan diri dengan Tuhan. Aku pasti kau akan rasa tenang semula.-Babak Satu
_______________________________

Bagi aku, rancangan Tuhan adalah rancangan yang paling terbaik. Nak tak nak setiap  musibah dan masalah semua itu adalah ujian sementara dan kita sebagai manusia yang bernafas pun Tuhan bagi kena redha.-Babak Dua
_______________________________

Aku fikir kau gila. Ingat Allah redha ke dengan perbuatan berpura-pura dalam keimanan. Dahi kau selalu sujud pada tikar sejadah tapi hakikatnya hati kau bukan pada Tuhan. Kenapa? -Babak Tiga
_______________________________

Aku tahu sebagai manusia kita bukanlah lengkap tapi kita boleh mencuba untuk menjadi lengkap. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Kenapa mesti ada niat untuk mengambil nyawa sendiri.-Babak Empat

Entri ini aku tujukan kepada orang yang simpan niat bunuh diri, fikir aku " ada ke orang yang nak bunuh diri search website pasal  HUKUM BUNUH DIRI ". Kalaulah masih ada spesis ini, aku rasa kau masih ingat pada Tuhan pemberi nyawa . Tuhan yang memberi nyawa. Kau senang-senang pulak nak bunuh diri. Kau ingat kau siapa. Kau ingat kau Tuhan?

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.:“Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)


Terangnya, bunuh diri ini hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar. Aku terfikir apakah jenazah seorang Islam yang mati bunuh diri dilaksanakan solat jenazah untuknya.

Kalau orang murtad jenazahnya tidak boleh disolatkan..untuk yang bunuh diri?

Babak kosong hingga babak empat, aku pasti sedikit sebanyak ada terkena dengan orang yang berniat hendak  membunuh diri. Harooom tau...pikiaq panjang sikit na..*keluaq dah utara aku


Saturday, December 12, 2015

Kelebihan Yang Luar Biasa


Macam lah story line hidup aku syok sangat kan

Assalamualaikum..hai..nama aku "yanie" "fadh" "kakyong". Entri ni berkisahkan diri aku.

Bukan aku nak berlagak atau apa..aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia berguna tapi kadang kala aku tak guna jugak. Aku manusia yang memainkan peranan mendengar ketidakpuasan hati, keluahan hati, kesedihan, kemarahan, ketensionan dan sebagainya dari mereka tanpa aku minta secara automatik. Mereka akan meluahkannya. Sejak zaman sekolah lagi aku menjadi penasihat tidak berbayar mungkin kerana muka aku yang bersahaja bukan aku yang cakap orang lain yang cakap..peh ! sapa rasa nak tersembuq taik telinga mata silakan aku tak halang..sambung..

Aku tabah,ya aku tabah.kerana setiap dari mereka yang meluahkan sesuatu tidak pernah sekali mendengar luahan aku. Aku tidak suka berkongsi baik kejayaan atau kegagalan, Dan yang sebenarnya..ada sesuatu yang aku simpan sebagai luahan aku.
ini..hanya aku yang tahu..

     " aku rasa bersalah kerana tidak meluahkan perasaan aku kepada mereka "


dan suatu hari nanti..mereka akan tahu tentang luahan itu..atau mungkin luahan itu akan terkubur  begitu sahaja..


aku .. ada satu rahsia besar..ya ,memang aku tak suka berkongsi..aku rasa dah tiba masanya untuk aku rungkaikan segalanya supaya ianya tidak misteri lagi..sampai bila aku nak pendam dan simpan lama-lama..sampai bila..takkan sampai ajal aku dah sampai baru nak bagitau..buat kawan-kawan semua..masa aku mungkin tidak panjang lagi..

yang sebenarnya..

aku mempunyai kelebihan biasa..ya, pada mulanya aku tak sedar kelebihan aku ni..sehinggalah arwah nenek aku menyedarkan..aku takut nak bagitau korang semua..aku takut korang tak nak kawan dengan aku lagi..aku harap lepas korang baca entri aku ni korang faham situasi aku...apa? aku ada sixth sense ? boleh tengok hantu..oh tidak,bukan2..kelebihan aku masak maggie..okay selamat tinggal.

Sunday, December 6, 2015

Bagaimana Masa Berubah


Tak silap yang retro waktu tu masing-masing umur 4 tahun dengan 5 tahun. Yang terkini umur 22 tahun dengan 23 tahun.

Cepatkan waktu berlalu?

Saja nak throwback masa lalu. Gembira rasa hati. Bila aku kenang waktu zaman kecik-kecik dulu. Aku tersengih sendiri. Adik aku kata aku tak betul.

Bukan tak betul. Aku cuma terkenang waktu lalu aku yang nakal. Sekarang nakal? Ada la nakal sikit-sikit. Hiks.

Selamat pengantin baru kepada kawan zaman kecik-kecik cili padi dulu. Masa berubah. Rupa berubah. Kita tetap yang sama.

Friday, December 4, 2015

Cerita Tentang Rezeki




Haritu aku jumpa dengan mak dan ayah aku. Aku perhati mereka dah tua. Entah bila aku boleh mula balas jasa mereka.

Aku rasa bersyukur. Sebab masih mempunyai mak dan ayah tempat bergantung..

Waktu ayah aku solat Zohor di surau asrama aku, mak tanya aku;

"ada duit lagi tak? dah hujung sem ni"

Lantas menghulurkan beberapa keping not.*suruh aku ambil

Pernah dengar pepatah berkata, kalau orang bagi, tak nak ambil semua, ambil sedikit. Supaya orang tu tak rasa kecewa. Macam tu jugak bila orang bagi makanan dekat kita, walaupun kita tak makan makanan tu, wajib untuk kita merasa sedikit (makanan yang halal ye).

Aku ambil sekeping not, yang lain aku suruh mak aku simpan. Buat duit beli ikan. Memang dari kecik aku menerima didikan "bersederhana". 

Mak aku pernah membebel dulu. Aku paling suka dengar mak aku membebel.

"Kalau rezeki kita berlebihan, kita kena ingat, dalam rezeki tu ada bahagian orang lain"

"Bersedekah takkan buat kita putus rezeki"

Sungguh melalui pengalaman aku, bila kita bersedekah, rezeki tu datang balik dekat kita berlipat kali ganda.

Janganlah pulak korang show off ketika bersedekah.."wei..lihat laa, aku nak bersedekah ni". Be humble. Salaam Jumaat.

Thursday, December 3, 2015

Sedih

Aku perasan je kot dalam tawa kau ada "tawar"
Kalau kau sedih. Jangan simpan sendiri.

Yanie Amaryllis, Disember.

Tuesday, December 1, 2015

Trauma Miang Keladi

Tanggal 1 Disember, aku melalui detik yang tragis. Sama seperti apa yang telah dilalui ayah aku. Tengahari tadi aku seperti biasa ke cafe dalam kampus aku. Rambang mata melihat aneka lauk. Akan tetapi satu lauk yang menarik hati. Asam pedas keladi.

Asam pedas keladi memang menjadi menu utama seperti biasa. Tragisnya, hari ini asam pedas keladi memusuhi lidah ku.

Penangan miang keladi tersangatlah menyucuk lidah dan anak tekak aku. Aku hanya sempat 5 kunyahan nasi. Tak habis aku makan, semuanya aku buang. Penangan miang keladi. Tajam. Aku tak tahan.

Cepat-cepat aku call mama tanya macam mana nak kasi hilang gatal-gatal lidah ni. Sungguh tak selesa. Kata mama, minum air asam. Mana pulak aku nak cari air asam pure kat tengah-tengah UIA.

Dengan langkah lipas kudung disebabkan tak tahan sangat. Aku ajak kawan aku beli ais krim kon. Mungkin ais krim yang sejuk boleh menghilangkan kegatalan lidah.

Terima kasih ais krim vanilla coklat. Sebab kau lidah aku tak gatal dah.

Friday, November 27, 2015

Makan Vitamin C Naik Jerawat

pura-pura tak stress
Sebelum ni aku melalui episod stress sampaikan jerawat naik bertingkek-tingkek.
Dah tu kulit aku ni alergi ayam. Aku ni pulak buat kajian assigments aku dekat Kepci. Dah tu Kepci tu feveret aku. Tak ke tergugat iman aku untuk try ayam Kepci bersalut tepung yang membangkitkan aroma mewangi ayam. 

Disebabkan banyak Kepci aku singgah untuk kumpulkan data kajian aku. Maka, aku pun join la kawan-kawan aku sekali makan ayam. Seronok spesis ayam 7 keturunan pasal dah lama aku tak makan depa.

Untuk kurangkan radang dekat kulit muka aku. Maka aku pun consume la vitamin C 500 Blackmores. Vitamin C kan baik untuk kulit. Sebelum aku beli vitamin ni ada la jugak aku buat research. Pengguna-pengguna kata vitamin ni okay. So, aku pun beli 120 pils.

Jadi setiap hari aku telan dua pils. Kesannya...jerawat halus-halus naik...aduhai..makin stress aku.
Aku pun try search google, rupa-rupanya aku tak minum air dengan banyak/ kadar mencukupi. Sebab tu la sisa-sisa toksik dikeluarkan melalui jerawat.

Jadi lepas ni kalau korang ambil vitamin, minum air banyak-banyak...barulah muka flawless gebu-gebu gitu.,

Nota kaki: Kepci bahasa formalnya KFC

Saturday, November 21, 2015

Hidup Bermadu


Macam biasa hujung minggu aku akan balik rumah suami aku. Hujung minggu jugak aku kena siapkan assignments. Stress. Nampak tak kat sini tanggungjawab aku ada dua. Isteri dan pelajar. Kahwin muda? Siapa suruh?

Kalau dah jodoh, ekonomi stabil dan yakin untuk pikul tanggungjawab. Itu yang kahwin awal. Dalam rumah tangga ini jangan kau ingat pelangi selalu. Ada jugak ributnya. Al-maklum aku isteri no.2. Jangan kutuk aku lagi. Baca sampai habis boleh.

Seronok jadi isteri kedua?
Banyak dugaan jugak. Orang tak suka. Tapi madu aku ok je. Mak mertua pun ok. Aku menantu pilihan.

Cuma, itu la. Kena saling toleransi, berbaik sangka. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yg memahami, adil dan tak pernah berhenti memberi sokongan padu untuk aku terus maju. Waktu aku susah dia ada. Waktu aku senang pun dia ada. Konklusinya suami aku sungguh sempurna.

Pandang serong? Maaf lah cerita kat atas hanya lah rekaan. Tak perlu la aku rampas suami orang. Choi. Mintak simpang.

Ada siapa hidup bermadu? Mari kongsikan pengalaman anda.

Sunday, November 15, 2015

Susah ke jadi dewasa


Dewasa, sejurus korang melangkah keluar dari alam persekolahan/pembelajaran, cabaran hidup semakin bertambah. Bukan nak menakutkan, tapi serius memang betul.

Dulu-dulu aku pun pernah berkata, "tak sabar nak habis zaman sekolah, tak sabar nak jadi dewasa"

Menjadi dewasa bukan senang wahai adik-adik, banyak perkara nak kena fikir. Tak percaya? tunggulah kamu dewasa nanti, kembali kepada entri ini dan berkata, "ya, menjadi dewasa memang susah"

Setuju?

Monday, November 9, 2015

Jujur Akhlak Mulia

Anda seorang yang jujur?


Kali ni aku nak kongsi dengan korang konsep "Jujur".

Pernah korang mempersoalkan dalam diri tak. Adakah aku seorang yang jujur?

Sekali lagi. Ini kisah lalu aku. Kisah ini berlaku di kampus aku. Masyarakat di kampus aku terkenal dengan konsep Islamik. Jujur adalah salah satu ciri-ciri akhlak seorang Islam bukan?

Kisahnya bermula di sini. Aku seorang peniaga yang misteri. Di mana pembeli barang aku tidak akan berdepan dengan aku dan tidak mengenali aku.

Macam mana tu? online? bukan.

Aku letak barang yang diniagakan dalam box tepi koridor tangga hostel aku. Dekat box tu aku tampal notis

"if you interested with it, kindly drop ur money inside this box, thanks"

Jadi setiap petang aku akan collect money dari box aku.

Jadi apa kaitan dengan jujur?

Pagi tu aku letak la 11 helai shawls dalam box. Aku hilang 5 shawls. Dalam box hanya ada duit untuk sehelai shawl. Maksudnya 4 shawls aku hilang tanpa duit..Risiko berniaga tanpa tuan disisi barang memang inilah jadinya. Aku dengan harapan berharap agar si pengambil shawls/ pengambil wang terbuka hati untuk pulangkan balik. Doa orang teraniaya mudah termakbul. Betul. Nah. Balik dari kelas aku dapat notis bertampal dekat tangga tempat aku letak box.

"I took them on Friday and without paying first since I don't have a small amount and there is no balance for me in the box. Sorry, and I cancelled these 2 colors (didn't even use them)"

Dear my sisters and brothers, berlaku jujur dalam hidup kita. Dekat notis tu juga ada terselit Ringgit Malaysia untuk dua helai shawls. Thank you sister!



Wednesday, November 4, 2015

Bersandar di tiang Monorail

Eh bang, kau jangan sandar boleh

Isu marcapada untuk rakyat umum seperti kita. Ayat berbaur politikus. Tetapi tidak. Foto ihsan google image.

Aku kadang tak faham spesis manusia yang suka bersandar pada tiang padahal dah tahu dah yang penumpang lain nak harapkan tiang tu untuk stabilkan diri mereka dari terjatuh. (untuk mereka yang berdiri) Apa mereka buat? Berpaut pada tiang. Kami berpaut supaya kami tak jatuh. Gedebuk.

Ini kisah aku yang lalu, daripada stesen Jalan Imbi. Aku kena tolak. Dah apahal dengan rakyat Malaysia ni. Nak kata kecik dah dewasa. Yang kau tolak-tolak apahal. Kau nak ambil kesempatan ye. Bedebah.

Malu pelancong asing pandang. Memang begini sikap rakyat Malaysia? Tak reti beratur. Tak reti bersabar.

Balik kepada cerita sandar tiang. Waktu ramai-ramai orang dalam train, dia dah nampak tu kami dok berpaut tiang, boleh pulak mamat badan sihat tu bersandar dkt tiang. Dear my brothers and sisters, u gais kalau naik monorail, lrt. Plisss...plisss..jangan sandaq kat tiang!
Tiang bukan tempat bersandar. Kasihani lah kami yang tak dapat menstabilkan diri ini.


Tuesday, October 27, 2015

Bawal Crepe tu apa?

Aku rasa gadis-gadis, mak-mak, dan lelaki yang buat bisnes tudung je tau Bawal Crepe ni apa. Kalau nak tau, bawal crepe ni sejenis tudung segi empat yang mudah di iron, terletak elok kepada si pemakai. Bagi pendapat aku la kan. Si pemakai bawal crepe kelihatan ayu sebab tudung yang dipakai terbentuk elok walau ditiup angin monsun barat tengah

Bawal kangaroo? Bukan diperbuat dari bulu-bulu kangaroo yang pasti. Suatu ketika dahulu bawal kangaroo sejenis tudung yang famous amos, membuat si pemakai kelihatan ayu jugak, bawal kangaroo pun sejenis tudung segi empat akan tetapi fabriknya sedikit lembut.

Bawal Saree, bawal ini adaptasi daripada corak fabrik Saree..cantik dipakai bersama baju plain sebab bawal ni jenis bercorak.. Seeloknya jgn pakai tudung bercorak dan baju bercorak. Serabut.

Ikan bawal? Jangan tak tau ada je yang tak kenal ikan bawal.

Seminggu aku bercuti sem. Maka termenunglah aku seperti bawal yang menunggu masa untuk dimasak 3 rasa.

Sunday, October 18, 2015

Definisi Cantik


Aku melihat kecantikan itu bukan berlandas rupa parasmu tetapi kepada akhlakmu.

Apa yang dmaksudkan akhlak bagiku.
Akhlak terpuji. Bukan syaitooon nirojimmm.

Engkau melihat cantik dari sudut apa? Rupa?

Lupakan rupa. Rupa hanya sementara.

Friday, October 16, 2015

Doa Dari Anak

Doa untuk orang-orang yang sentiasa berada dalam ingatan. Lagi- lagi untuk ibu dan bapa kita.. Ingat, kalau bukan kita sebagai anak yang doakan untuk mereka. Siapa lagi.

Wednesday, October 14, 2015

Manis Awak Manis

Setelah sekian lama tak tampal gambar dalam blog sendiri

Tajuk entry aku agak gedik. Aku jarang berkelakuan gedik.*eh ye ke!

Di atas. Itu adalah aku. Watak aku selalu serious, serious dan serious. Orang kata aku ada sikap ketegasan dalam membuat keputusan. Itu normal bagi anak sulung.

Tapi kenapa ya. Bila dengan awak, aku tak boleh jadi serious. Aku bertukar watak menjadi Hello Kitty yang tiada mulut. Sebab awak manis mungkin.

Aku suka cara awak. Awak serious dan tegas dengan orang lain. Tapi dengan aku kenapa jadi tak serious?

Awak cuba sampai kan sesuatu? Apa dia? Aku tak faham. Mungkin kita ada kimia.

Sunday, October 11, 2015

Misteri Kehilangan 7 Kanak kanak

Dalam 7 orang yang hilang. Hanya 2 terselamat. Dan 5 menempuhi ajal. Sebelum ni aku dengan mak aku ada bersembang hal ni. Kalau dah sesat dalam hutan. Susah. Payah. Kurus sangat aku tengok adik-adik yang sesat tu. Dan mereka kata ada "orang" yang beri mereka makanan waktu sesat. Bukan aku tak percaya kewujudan makhluk ghaib. Percaya. Sebab aku pun pernah kena. "Wanita berselibung kain batik mencangkung dekat hujung katil asrama aku" can you imagine that? lebih kurang pukul 3 pagi waktu tu dan dalam compartment hanya aku seorang. Ya, pada mulanya aku ingat bermimpi buruk. Dia tak kacau aku. Cuma hanya memunculkan diri. Kira aku kuat sebab tak kena histeria. Kuat2 pun berpeluh aku. Tutup mata. Dan baca ayat kursi 3 qul semua. Aku cuma ceritakan hal ni dekat mak aku dan kawan aku. Takut orang kata aku mereng. Gila.

Rupa-rupanya, kejadian yang aku alami di alami juga oleh rakan sebilik aku yang berlainan compartment. Kami ada 4 compartment dalam 1 bilik. Rakan aku tu sampai jumpa berubat dengan ustaz. Dia lagi teruk. Sebab makhluk tu menampakkan wajah buruk depan depan. Kau rasa apa. Mesti takut.

Dan...kami syak makhluk ghaib tu kepunyaan seorang rakan sebilik kami yang berasal dari Sri Lanka. Sebab makhluk tu selepas memunculkan diri sebagai "makhluk" dia betubah menyerupai rakan Sri Lanka kami. Rakan Sri Lanka kami ni aku tak pernah nampak dia solat dan cara dia membawa diri agak misteri.

Menurut rakan sebilik aku yang turut terkena jugak, masa masuk bilik awal awal sem dia dah dapat amaran dari senior (yang dah grad) pasal.. Bilik ini ada "sesuatu". Selepas kejadian scary tahun pertama tu. Taubat aku tak pilih blok tu dah sampai lah aku final sem.

Monday, October 5, 2015

Skandal Di Tempat Kerja

Aku nak kongsi satu cerita. Bukan bertujuan menyebarkan aib. Kerana itu nama aku tak mention.

Aku pernah bekerja dekat satu tempat ni. Nak di kisahkan. Tempat aku bekerja ni rata-rata pekerja sudah berkahwin. Kahwin? adalah status yang tinggi.

Biar aku straight to the point. Ada sorang mamat dekat tempat kerja aku ni. Orangnya pendiam. Berperwatakan agak baik. Dah ada isteri. Mamat ni jawatannya agak rendah. Dan aku dengar gossip dari rakan sekerja lain. "Bini dia. Sara dia".

Itu aku tak kisah. Yang aku kisah. Dia ada skandal di tempat kerja. Dengan perempuan yang lebih berusia. Di sebabkan jawatannya yang rendah. Perempuan (skandal) turut menyara dia. Apakah hidup kau untuk di sara? Soal aku dalam hati.

Friday, October 2, 2015

Puisi Anak Adam

Image result for wealthy


Anak Adam
Kau tahu apa itu senang
Kau tahu apa itu susah
Ingat
Ujian boleh datang
Datangnya dalam dua elemen ini
Senang dan susah

Anak Adam
Masih kau ingat janji durjana
"Aku akan melalaikan manusia"

Dan bila mana turunnya kesenangan. Kau jangan kahkahkah sangat. Kau tahu. Itu sebenarnya ujian.

Allah tests us, sometimes with calamities and sometimes with blessings, to show who will be thankful and who will be ungrateful, and who will obey and who will disobey, then He will reward or punish them on the Day of Resurrection: 
“and We shall make a trial of you with evil and with good. And to Us you will be returned”
tafsir-[al-Anbiya’ 21:35] 
Selamat berhujung minggu !

Sunday, September 20, 2015

SKRIP DRAMA PENDEK 2013 : LELAKI BUTA ITU BAYU



_____________________________________________________________


SKRIP DRAMA PENDEK,2013 :  LELAKI BUTA ITU BAYU 

LELAKI BUTA ITU BAYU

Sinopsis :
Kisah pengorbanan seorang abang bernama Bayu terhadap adiknya bernama Ani yang berusia 15 tahun. Ani penghidap kanser otak tahap 3. Bayu mengambil keputusan mengorbankan organ matanya kepada seorang sahabatnya bernama Hana tanpa pengetahuan Hana. Hana ketika buta juga menyangka Bayu senasib dirinya. 

Watak dan Perwatakan :

Bayu
- Seorang lelaki yang penyayang tetapi tidak menunjuk kasih sayangnya. Seorang yang suka mengaji bersama Al Quran kecil yang dibawa ke mana-mana..Seorang yang pandai melukis. Berumur 25 tahun.
Ani
- Ani adalah adik tunggal kepada Bayu. Lumpuh separuh muka.Penghidap kanser otak tahap 3, sering mengalami sakit kepala dan muntah-muntah. Sering membuat rawatan ulangan ke hospital. Berumur 20 tahun.
Hana
- Seorang wanita buta, anak golongan berada pemilik Resort Damai. Dia menyangka Bayu juga buta. Berumur 23 tahun.
Datuk Helmi
- Bapa kepada Hana, bapa yang prihatin terhadap nasib anaknya. Berumur 57 tahun.
Mak
- ibu kepada Bayu dan Ani, Berumur 53 tahun. Sering menangis melihat kesengsaraan Ani.
Doktor Salma
- Doktor yang selalu merawat Hana. Berumur 33 tahun.
Julia
- Sahabat baik Hana, selalu menemani Hana. Berumur 23 tahun.
Abang Amy
- Pemilik kedai Potret tempat Bayu bekerja di Resort Damai. 27 tahun.



Dialog:

Babak 1
Hana bermonolog sendiri di tepi pantai. Monolog rindunya buat Bayu. (bunyi desiran ombak)


Monolog Hana:

Sesekali ia datang menyapaku, bayu
Bersama setangkai bunga yang hampir layu
Tanpa sepatah kata
Diam seribu bicara
kaku
Seperti ada yang ingin diperkongsikan
mungkin secebis ceritera
tapi ia hanya berlalu
sudah namanya pun bayu
kau sekadar lalu
*******************************
aku rindu bayu...


Julia    : Hana, awak pergi mana? penat tau, dari tadi saya cari awak.
               (bernada risau, sambil menghulurkan tongkat dan  memimpin Hana berjalan)
Hana    : Saya saja jalan-jalan sini ambil angin.
Julia     : Ambil angin ke..cari Bayu, Cik Hana ooi..? Jom la kita balik, nak Maghrib dah ni.
Hana     : Sama je la dua-dua tu..(tersenyum)



Babak 3
Di hospital, Ani di masukkan ke wad kecemasan selepas muntah yang teruk dan pengsan.

Bayu    : Mak,.keadaan Ani macam mana? ( mimik yang gusar,susah hati)
Mak     : Mak takut Bayu, mak tak sanggup tengok adik kamu menderita lagi..dia
              menangis mengadu sakit kepala teramat sangat. Mak ke dapur cari ubat.
              Mak takut Bayu..
              (sambil menangis hiba,terduduk dan tidak mampu meneruskan perbualan)
              Doktor  Salma berjalan ke arah Bayu dan ibunya.
Bayu    : Macam mana keadaan adik saya doktor?
Doktor Salma  : Bayu, Makcik..(sambil memegang bahu ibu Bayu)..
                            harap bersabar ya, Ani memerlukan rawatan susulan,
                            kami terpaksa membuang satu ketumbuhan yang berada di otak nya..
                            Kalau  Makcik setuju dengan pembedahan ni, pukul 11 nanti Makcik boleh
                            ke bilik saya untuk tandatangan dokumen berkenaan
                            pembedahan susulan Ani. Pembedahan ini perlu dijalankan dengan segera.
Mak                 : Tapi doktor..mana Makcik nak cari duit untuk pembedahan ni..(menangis)
Bayu                : Takpe mak, duit kita boleh cari..Bayu usaha carikan duit ya mak,
                            (sambil memujuk ibunya)

Babak 4
Dalam keadaan runsing. Bayu ke pantai bersama Al-Quran kecilnya,
mengadu nasib seorang diri,
tanpa sedar ada yang mendengari.
Tuhan dan Hana.

Jam 5 petang..


Babak 6

Di kedai Potret

Abang Amy    : Awal kau datang harini..(sambil melihat Bayu melukis)
Bayu               : Datang awal pun salah ke bang..nanti saya tak datang selama-lamanya
                          baru tau. (kata Bayu yang punya makna sebaliknya)
Abang Amy    : Tu..lukisan Hana tu, cantik aku tengok..kalau jual RM 150 pun orang beli.
                          Kau tak nak jual?
Bayu               : Tak nak lah bang, saya bagi empunya wajah dalam lukisan tu tengok dulu..
                          kalau dia rasa nak beli, dia boleh beli.
Abang Amy    :  Kau ni mengarut lah..Ada ke patut nak suruh orang buta tengok lukisan kau.
                           (sambil menyusun lukisan-lukisan pameran)
Bayu               : Saya serius ni bang,. abang kata mengarut pulak.
                           (sambil ketawa menyembunyikan rasa hiba)




Babak 8

Monolog Ani :
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih anugerahkan anak yang baik buat mak
Abang yang baik buat ku
Terima kasih Ya Allah

Lampu pentas dipadamkan.
-Tammat-

"Salaam alaykum..hye manusia!!! *lambai tgn depan laptop, kenal tak sibuk? sibuk telah menyibuk dalam diari kehidupan harian ku ..sem ni aku sibuk yang amat sampai tidur pun tak cukup, banyak tugasan Ya Allah, banyak dugaan sungguh. 



Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku, aku menang pertandingan menulis skrip drama anjuran Mahallah Asiah UIAM, yeeehuu...! skrip kat atas tu aku potong-potong, Aku dah lama tak menulis skrip, aku tulis untuk suka-suka,.tahukah anda menulis skrip boleh menjana pendapatan? tulis skrip macam senang..kau duduk je lepas tu menaip,..itu bagi pendapat setengah orang, manakala yang setengah lagi berpendapat, kau ingat senang nak tulis skrip? memang lah nampak senang, tapi kau kena curahkan idea yang berlimpah2..dan kau kena mendalami situasi drama tu sendiri  untuk mendapatkan hasil penulisan skrip yang superb dan jalan cerita yang tidak membosankan,
contoh:  konsep drama pasal kampung, so..kena buat research sikit la pasal kampung..masuk kampung dalam 5 hari  ke..

Ini entri lapok berdebu..baru aku nak publish, sekarang dah tahun 2015. Aku tak sangka boleh menang tempat kedua. Itu la kata orang belum cuba belum tahu.

As salaam.. Mashaallah dah tahun 2020. Akak update dengan jujur ya. Maaf banyak sangat permintaan dari adik2 yg ambil jurusan teater lagi2 dari UPSI. Nanti pelik pulak lecturer kenapa tiap2 kali pementasan teater utk fyp jalan cerita yang sama je. Sebaik2 keputusan skrip penuh ni utk simpanan akak je.

Yang Ikhlas,
Yanie atau orang panggil Fadh acah acah penulis skrip yang sedang merancang masa hadapan #finalyear

JEJAK LU ORANG