Tuesday, December 31, 2013

MIMPI SELAMATKAN ORANG DARI LEMAS ENTRI AKHIR 2013


Hari ini hari terakhir kita di tahun 2013, blogger2 yang publish post hari ini kira nukilan penutup blog untuk 2013, 2013 banyak perkara yang dah berlalu, yang dah berlalu biarkan berlalu, pahit dan manis dalam kenangan, tu...yang 2014 tu tengah menanti..buat manusia yang baca entri ni lewat sehari,seminggu atau sebulan..anda telah pun berada pada tahun 2014, semakin tua, kita semua semakin tua

Mimpi,
kata orang mimpi mainan tidur, aku dah 3 kali mimpi selamatkan orang dari lemas padahal aku sendiri pun tak tahu berenang, dah nama pun mimpi, maka berjayalah aku memegang watak sebagai heroin dalam mimpi, meskipun dalam mimpi, aku bangga dapat selamatkan orang lain




Mimpi menurut Islam,
ada 3 jenis, mimpi dari Allah, mimpi dari Shaytan dan mimpi dari minda manusia sendiri

Rahmaani - considered as Ru'yaa (good visions/dreams - from Allah)
Shaitaani - considered as Hulum (bad dreams - from the Shaitan)
Nafsaani - considered as dream based on ones own psychological state, they are from ones self


Prophet Muhammad (SAW) said, "If anyone of you has a dream that he likes then it is from Allah. He should thank Allah for it and narrate it to others"
[Sahih Bukhari]

And from another narration, the Prophet (SAW) said, "If one sees a good dream, let him expect good, and not tell it except to those he likes"
[Sahih Muslim]

In a hadtih narrated in Sahih Muslim, the Prophet (SAW) said, "So when one of you sees a dream which he does not like, he should spit on his left side three times, seek refuge with Allah from Shaitan thrice, and change the side which he was lying"
[Sahih Muslim]

Muhammed (SAW) is also reported to have said, "If he has a dream that he dislikes, then it is from Shaitan. He should seek refuge with Allah from its evil, and he should not mention it to anybody, then it will not harm him"
[Sahih Bukhari]

Dear brothers and sisters,  cuci kaki kamu sebelum tidur


"Bismika Allahumma amuutu wa-ahyaa"


O Allah, with Your name I die and live

Source: What does Islam say about dreams

Friday, December 27, 2013

NOTA EXAM MENYERONOKKAN

Rajah 1
Lokasi  :  UIA
Kisah   : Aku gigih terhegeh2 menulis nota

Sebentar lagi exam 3 petang, kenapa sebentar lagi, sebab tak sampai 24 jam, esoknya pun exam 3 petang,
bila ruang antara exam tu dekat2 memang kena pasrah,
nasib la bukan 2 exam dalam masa satu hari, boleh pengsan macam tu..boleh gila pun boleh jadi.


Rajah satu dan rajah dua menunjukkan hasil nota aku sendiri,
Aku ni jenis manusia yang otak cepat digest kalau baca nota hasil tulisan sendiri kalau nak dibandingkan dengan tulisan bercetak...pheew..memang nama je aku baca tapi tak masuk 70%. Lenguh jari. Aku jugak jadi rasa hilang semangat bila kena baca buku tebal, aku rasa macam bertimpa2 air terjun jatuh atas kepala, buat nota sendiri senang dan ringan.
Rajah 2


Saturday, December 21, 2013

PAHALA MENGISLAMKAN KAFIR : TYPES OF MURTAD! المرتد


Salaam 'alaykum,sekadar berkongsi di ptg hari Sabtu,.saham dunia kena cari..saham akhirat pun kena cari wahai manusia, jangan lupa, kita harus ada keseimbangan dalam konsep kehidupan, *eh tetiba macam ustazah pulak xD 

Mari ke topik utama. Murtad seperti yang kita tahu ialah keluar dari pegangan Islam. 
Apakah jenis murtad yang dimaksudkan?
Apostate (murtad) can be divided into  two types :

1) Murtad Fitri

  • A person who was born from Muslim parent, and then he rejects Islam.( Contoh: Anak kandung kepada Mahmud dan Senah yang keluar dari Islam)
  • Fitri means nature or natural.
  • The term murtad fitri implies a person has apostate from his nature, the nature of believing in God.

2) Murtad Milli
  • A person who converted to Islam and then later on he rejects Islam. ( Contoh: John yang berkahwin dengan Aminah, 5 tahun kemudian kematian Aminah, Pulang semula ke Pulau Hawaii dan meninggalkan konsep Islam dalam kehidupan)
  • Milli is from millat which means community.
  • The term murtad milli implies that the person has apostate from his Muslim community.  

ramai yang tahu apa itu murtad, tapi kurang pasti jenis-jenis murtad..

Sebagai Muslim, ku harap..kepada sesiapa yang bakal berkahwin dengan non-Muslim a.k.a Muslim will be atau telah berkahwin dengan mereka,.bimbing lah pasangan anda seeloknya..tunjukkan kepada mereka erti keindahan Islam sebenar, Islam is not terrorism and Muslim are not terrorist..*tetiba 

tahukah anda betapa besarnya pahala mengIslamkan seorang kafir.

Rasulullah saw bersabda :
“siapa yang dapat mengislamkan orang dengan usahanya, maka pastilah ia masuk ke dalam syurga”  -At-Tabrani

“barangsiapa yang menunjukkan suatu jalan kebajikan kepada seseorang, maka ia memperolehi pahala hasil daripada amalan orang yang ditunjuki jalan kebajikan itu.” -Muslim



Friday, November 29, 2013

Even a smile kau dapat pahala, diari 27


Salaam alaykum ,pertama sekali terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ku..*bajet ada orang baca..ala..sekali sekala bajet takpe..3 bulan tak update blog, bukan selalu pun aku membajet..bajet tu apa? haa..google2..ada lagi yg xtau bajet tu apa..haa..kesian eh kau..gigih pakai google translate taip bajet

dan aku bersyukur kerana masih hidup lagi . Dan.. masih boleh tersenyum melihat manusia yang berrrrmacam ragam dan terrrrrkadang tu rasa macam hilang sabar pun boleh jadi...amboii awak..puakanya mulut..xde insurans..*kenyit mata kanan, tekankan bacaan r yang yang berganda..ku tak berapa suka dengan kelakuan manusia yang tiada adab dalam bicara


Diari Dua Puluh Tujuh

Ku rasa 27/11/13 hari yang malang bg aku, pagi2 pegi kelas awal semangat nak amik quiz, 8 pagi, sampai2 depan kelas pintu berkunci, org yg dipertanggungjawabkan membuka kunci kelas sampai lewat..

Usai menjawab quiz, masuk pulak ke kelas subjek lain, 10 pagi, tanpa persediaan, aku dan rakan2 sekelas ku di kejutkan dengan Pop Quiz a.k.a quiz mengejut,..budak-budak dalam kelas "ha!!! quiz?" that quiz cover 10 marks..dan jawapan aku untuk

1 soalan quiz = 10 markah tu adalah bukan idea daripada Naquib Al-Attas(seperti yg soalan mintak) tapi idea aku sendiri..jawapan goreng-goreng..aku harap idea aku sama dengan idea Naquib Al-Attas..

Kertas Midterm exam kami juga telah hilang di Kota London, makanya, untuk mendapatkan 30 markah yang hilang tu terpaksa lah kami mengambil Midterm semula.. stress..

lagi sebulan nak final exam hoii..banyak lagi nak kena bacaaaa...

Balik dari kelas tghri pulak, aku melihat kemalangan antara kereta Myvi Putih dengan penunggang motosikal, kereta masuk selekoh tak bagi signal, bahaya weh

Balik dari kelas malam pulak, hujan turun dengan lebatnya, macam mana dalam keadaan hujan tu kami nak jalan kaki pulang ke mahallah (kediaman pelajar perempuan), aku dengan member dah risau..jam dah 10.30 mlm, pukul 12 tgh malam pulak kena register subjek secara online untuk tahun ke 3/2014,takut kami tak sempat, dalam kerisauan tu, Allah bantu kami, seorang lelaki berpangkat doktor menegur dan mempelawa kami untuk menaiki kenderaannya, ku syak itu ustaz yang mengajar subjek Arab, dalam kereta dia ada kertas students yg ambil exam Arab

27/11/13 dan aku masib boleh tersenyum, alhamdulillah, subjek untuk tahun 3 aku dah berjaya daftar



Senyum.
Siapa yang menabur senyum
Dia lah yang akan menuai cinta.-A.H

p/s: senyum itu sadaqah.senyum juga boleh berjangkit.maka,sebarkan lah senyum-senyuman mu...jangan lah kedekut sangat wak..tapi jangan lah terlebih senyum gila-gila sangat..berpada-pada..nanti orang ingat kau badut


The Prophet (Peace be upon him) has said:: “To smile in the company of your brother is charity. To command to do good deeds and to prevent others from doing evil is charity. To guide a person in a place where he can not get astray is charity. To remove troublesome things like thorns and bones from the road is charity. To pour water from your jug into the jug of your brother is charity. To guide a person with defective vision is charity for you.” (Bukhari)



Friday, August 23, 2013

Monyet Jinak di atas Bukit,"spesis apa aku kurang pasti sebab rambut dia ala-ala punk gitu"


monyet berkata : hai..sedara aku mai dah..

Salaam alaykum, eh itu hari kan, aku jumpa geng-geng monyet, spesis apa aku kurang pasti sebab rambut dia ala-ala punk gitu, natural without hair gel terpacak ha...

Lokasi: Bukit Melawati, Kuala Selangor


abang long kawasan


mak monyet sayang anak monyet


temuramah mak monyet
habitat keluarga monyet

monyet hampir sama tinggi manusia

cinta monyet

santai monyet

monyet Murukku ku di tangannya

rumah api atas bukit

view Kuala Selangor


   Masa nak naik bukit tu, aku menaiki keretapi bergerak dengan tiket berharga RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak..kalau nak bawak naik kenderaan sendiri mmg tak dibenarkan tapi kalau rajin nak jalan kaki mendaki bukit dipersilakan.hehee..

   Dekat atas bukit tu memang banyak monyets uolls, monyet-monyet tu okey je, jinak sangat.
Mereka macam tahu-tahu je dalam tangan kita ada makanan dan pantang nampak plastik  merah oren
dekat tangan, konpem monyet tu datang dekat kita.

   Dekat atas tu ada la orang jual kacang panjang ikat atas motor, ala.. macam orang jual ais-krim ting tong atas motor tu, seikat RM 1. Kacang panjang tu untuk bagi monyet2 makan. Aku heran la kan, kenapa bila ada je makanan dekat dalam tangan pengunjung, monyet2 datang mintak..

*nak sikit..nak sikit.. uu aa uu aa monyet language

tapi bila kacang2 panjang tu terletak elok je..atas motor tu monyet2 tak sebat..kenapa eh? contoh macam aku, dalam tangan aku ada Murukku baru beli dekat aci bawah kaki bukit RM 2.50 sebungkus monyet2 datang mintak, tapi yang kacang panjang tu elok je atas motor..

*rupa-rupanya ada ular kering dekat motor tu ..

   Usai beramah mesra dengan majmuk monyet, kami pun pekena nasi berlauk fresh. 6 orang makan tak sampai RM50. Lauk boleh tahan banyak kami sebat sekali dengan ikan pari bakar cicah air asam,siput sedut masak lemak,kerabu,sayur mayur,ikan bawal,asam pedas ikan pari,pecal, kira okay la harganya..sempoi..

Lokasi: Restoran Pantai Timur

next location aku nampak dekat sign board  tepi jalan tempat tengok kelip-kelip tapi masa tu langit tak gelap lagi mana nak ado kelip-kelip, kalau nak tengok cahaya ciptaan Tuhan selain dari bulan dan bintang di waktu malam boleh lah jengah kelip-kelip tu

*tengok kelip-kelip aktiviti rare kan..boleh tercipta memori manis di situ..cost pun murah kui kui kui

aku cerita pasal monyet ni bukannya apa sebab aku memang suka sangat dengan monyet tapi monyet yang real lah, bukan monyet yang fake..eh..nak tunjuk cute buat perangai macam monyet pulak.. menyampah guwa..kbye!

-monyet dengan kera tu lain.

Saturday, July 6, 2013

Pesakit tanpa keluarga dan pesakit ada keluarga ibarat tanpa keluarga

Bila aku tengok bujang terlajak yang tak kahwin sebab kengkonon
frust cinta sejati, rasa simpati,
muda-muda dulu memang la seronok boleh travel sana sini bila dah tua sakit 
makan minum tiada siapa menjaga, tiada tempat mengadu. Memang la banyak 
duit boleh upah nurse untuk jaga,*jutawan bujang  tapi nurse tu jaga bukan kerana kasih sayang 
tapi kerana wang ringgit. Ada perbezaan antara orang yang jaga kita kerana wang ringgit atau kasih sayang.

Bidadari menanti mu di sana.
______________________________________

Tapikan aku tengok ada je mak bapak yang sakit anak-anak yang menjaga mintak claim duit, apa kau lupa waktu kecik-kecik dulu sakit demam mak bapak jaga kau tak mintak claim duit pun.

Macam mana kau memberi layanan kepada parents kau sekarang, macam tulah anak-anak kau memberi layanan kepada kau pada masa akan datang. Tuhan boleh bayar cash tau. Jagalah mak bapak anda sebaik-baiknya meskipun mak bapak mertua sekalipun.

Kepada pakcik dan makcik yang anak "berkira" sabaq na... Tuhan boleh bayaq cash kat depa.

Tuesday, July 2, 2013

Pensel tu dah buruk tapi yang penting arangnya



Ya manusia yang terbaca.. memang malang tak berbau, kalaulah malang tu berbau memang kita sebagai manusia dah buat preparation bak kata omputih untuk berdepan dengan malang. Al kisah aku, malang yang aku lalui tiadalah terlampau malang. Malang yang satu per dua berat. Aku tertinggal kotak pensel yang berisi pemadam,pensel mekanikal, pen. Maksudnya sekarang benda-benda tu tiada disisi aku. Harta yang paling penting setiap hari. Mana taknya, kalau dah hari-hari belajar kelas Arab sepanjang semester pendek berada di UIA ini kerja aku padam dan tulis...

10 minit kemudian... 
Lokasi : Dalam kelas

Padam dan tulis semula abjad2 Arab..

Padam dan tulis...

eden lomah bab-bab mengeja bahasa asing ni. Sedangkan bahasa itu yang terkandung dalam Kitab Suci Al-Quran. Kalau tulisan rumi tu pro la. *Tulis pakai pen tak pandang kertas pun..

Nampak gayanya nanti kena beli yang baru. Barang yang hilang sementara ganti yang barulah.*hidupku rasa tak lengkap tanpa kotak pensel dan isi-isinya.

Melainkan kalau aku memilih untuk setia menggunakan pensel kayu Stabillo 2B yang aku guna untuk lorek jawapan waktu SPM dulu *pensel lama hilang terjumpa balik dalam kotak pensel lama,pensel tu dah buruk antik kulit pensil dah terkikis tapi yang penting arangnya.

Saturday, June 15, 2013

Bombasplastik..pengganas? pengebom berani mati?




#Awas ..entri ini memberi kesan kepada pemikiran anda. Ini entri celaru.

Salaam alaykum..hai..dah kenapa tah tajuk entri aku pelik, bombasplastik..bomba-bomba tu plastik ke macam mana tu? 

padamkan api
ke bomb as plastik, kalau ikut terjemahan lain bomb tu satu jenis letupan yang bila kita tarik picu baling dan meletup macam dalam citer Leftenan Adnan tu.. eh ada ke? ke citer Pasir Salak? entah, aku pun lupa.,

dan ada jugak bomb yang jenis pakai masa, tiit..tiit..5..4..3..2..1..pop!! #meletup dan ada jugak bomb dengan hanya gunakan jari pun boleh.. di mana pengebom tekan remote control dari jauh dan ketawa berdekah-dekah tau-tau pop!! #meletup..badan berkecai..si penekan remote control tak sedar yang ada orang baik hati dah alihkan bomb letak dalam beg galas beliau dekat seat belakang kereta beliau. #padanmukahang nak bomb orang lain diri sendiri yang kena, mati katak -,-

persoalan untuk definisi tajuk entri aku kali ini.. 
Bombasplatik ?, eh kalau dah jenis letupan macam mana pulak boleh jadi plastik.

Kalau ikutkan terjemahan lain pulak bombasplastik boleh dikategorikan sebagai kemarahan yang dibuat-buat.. eh ada ke marah yang dibuat-buat? marah olok-olok..kau pernah lihat? 

oh ya, mungkin ada untuk penonton pelakon pentas dunia..siapa? kita-kitalah. Dekat dalam drama, aku selalu je nampak orang buat-buat marah, dekat atas pentas teater pun.. wah..dia punya marah mak aii! memang betul-betul marah...ikut kata pengarah " marah lagi! marah lagi! kau tak reti baca ke skrip tu suruh kau marah!!" tapikan..itu semua buat-buat je..olok-olok untuk mendalami watak..yang betul-betul marah si pengarah..#ops

Jadi apa sebenarnya maksud entri aku kali ini..entah aku pun tak tahu. Sendiri aku tanya, sendiri aku jawab.  Aku bukan pengganas mahupun pengebom berani mati aku pelembut ya..separa pelembut. Dah la entri ni celaru secara tak langsung aku jugak telah membabitkan orang yang baca entri ni rasa celaru..ke otak anda sememangnya kental tak rasa celaru? Siapa kat sini yang mahir bab-bab bomb?, kalau ada jenis bomb yang aku tertinggal kasi taulah. Kbye aku nak cari penterjemah "Bombasplastik" #garukepalatanpakutu

aku buat #hashtag banyak2 feeling kengkonon Blogger pun ada #hashtag macam dekat Facebook dengan Twitter tu...

Tuesday, May 28, 2013

"He killed 27 children" "Aku rasa setan pun takut nak ddk sebelah dia.": REVIEW BUKU CERPEN-KHAIRULNIZAM BAKERI

 



"sekarang ni tak main dah buku cintan cintun muka surat sebanyak 458 yang berat,"

Cerpen.., masa jalan-jalan dalam MPH mata aku melilau cari buku cetakan Fixi.Akhirnya jumpa ! aku beli beberapa naskah. Yang judul Cerpen tu aku beli satu je la, .beberapa naskah yang aku maksudkan termasuklah buku genre politik/korporat yang ku sangka buku thriller dah bayar baru aku tgk resit sambil monolog, aku silap beli pasal aku minat tengok cover dengan tajuk buku tu.

buku politik tu boleh tahan jugak kisahnya bertajuk Getir. Kisah tentang Arif Hidayat dari zaman dia punya kudis buta,hidup susah,kena keji dengan awek yang dia nk mngorat sampailah dia jadi golongan elita. Buku ni karya bekas ahli politik Malaysia.

Buku yang aku nak review sekarang tentang buku Cerpen karya Khairulnizam Bakeri. Buku ini hasil daripada penulis bestseller "Pecah". "Pecah" juga difilemkan.

Yang menarik tentang buku ini ianya ringan berbanding novel cinta yang entah ke mana, dalam siri Cerpen ini ada 16 kisah pendek yang menurut aku,

"dey! tak sangka pengakhiran cerita begini"

setiap kisah dalam Cerpen ni buatkan aku bersoal jawab dengan diri sendiri,

"siapa watak sebenar? siapa pembunuh? siapa dia? kenapa?"

________________________________________________
Antara kisahnya,

Cerpen Jenazah

Mengisahkan seorg anggota polis bernama Rushdan yang bertanggungjawab menjaga jenazah pembunuh bersiri bernama Fayad.

"He killed 27 children, Rushdan. Can u imagine that? Aku rasa setan pun takut nak ddk sebelah dia. People were angry back then. Ada suatu masa, during trial. Fayad keluar mahkamah, senyum macam biasa. Tiba-tiba ada this one makcik dtg. No, more like lunged towards him. Dia sempat ambil pistol kat pinggang anggota yg escort Fayad."

"Lepas tu?"

"tak sempat tembak ada anggota lain sempat tarik makcik tu and grab the gun."

"Fayad?"

"Dia ketawa"- Krishnan

Di sebalik kisah ini sebenarnya ada rahsia yang Rushdan simpan dan Fayad tahu tetapi orang lain tak tahu..anda pun tak tahu dan aku baru tahu.

dan kisah "Pujaan" dalam cerpen buat aku kaget, kisah realiti harian, aku ingatkan Zairo Azan teman istimewa Kara, dan tak sangka akhir sekali Kara ditikam bertubi-tubi di Anugerah Bintang Popular atas karpet merah

Kara ditikam bertubi-tubi.
Khalayak bertempik.
Kamera televisyen segera merakam.
Kara senyum kaku.
Krim rona gaun bertukar merah.

Akhir review, berbaloi beli buat penghibur minda. Setiap kisahnya pendek tak panjang. Sesuai untuk golongan yang tak suka baca kisah panjang jela.

Tuesday, May 14, 2013

APA YANG ADA DEKAT KAKI ANAK AYAM : ۏيروس برڤورا راجين



Ah sudah...rajin sudah hilang hooii
_____________________________________________

Tak kota janji
otak kata kau nak exam kena ulangkaji
bersungguh-sungguh otak kata
tapi hati malas
hati berat
ahli neraka tetap setia berbisik

pstt pstt
halus bunyinya buat aku hanyut

"lambat lagi lambat lagi lambat lagi"

 
kesudahnya tidur atas helaian nota
siapa punya antidote rajin penghapus virus berpura rajin
sedekahkan kepada aku yang memerlukan
minggu ini adalah minggu terakhir kelas, "kualiti" hasil-hasil tugasan kini hanya menunggu masa untuk dipamerkan. Markah rendah atau tinggi atau separa rendah atau separa tinggi melalui hasil tugasan juga merupakan faktor penting yang menentukan markah akhir semester yang kita panggil


"Markah pendukung"

Kecewa atau suka bakal terhasil melalui apa yang telah kita hasilkan. Kalau tugasan tu hang buat cincaiboncai maka tafsiran kecewa mungkin bakal menguasai hati... Kalau tugasan tu hang buat clean and clear maka tafsiran suka bakal menguasai hati... Kalau hang langsung tak buat atau tak menyumbang apa-apa especially dalam group assignment hang dok buat perangai " kera sumbang"...maka..hang memang layak dapat apa yang ada dekat kaki anak ayam ni. Orang jenis ni kita panggil type P person. P mewakili pemalas. Pemalas ni ada macam-macam jenis pemalas,pemalas nak datang kelas,pemalas nak buat assignment,pemalas nak tidur,pemalas nak makan,pemalas nak berjalan,pemalas nak bayar zakat,pemalas macam-macam lagi. Tapi jangan terkejut kadang-kadang yang pemalas nak datang kelas tulah score markah tinggi ==`





 
tak lama lagi bermula final exam..dan aku masih lagi berpura-pura rajin. Berpura-pura rajin je bukan malas.



 



Monday, May 6, 2013

sekarang dekat laman Twitter trending " Chinese Tsunami " racist,fakta ?


"Ini adalah pendapat tentang PRU13"


Salaam alaik warga Malaysia semua, selamat sejahtera to non-Muslims, itulah dia keputusan PRU13 sudah pun berakhir, penganalisa politik berkata, 

isu politik kali ini agak "perkauman" apa kata anda ?

Perlukah campur tangan pihak luar ?

Benarkah ada permainan kotor atau sekadar khabar palsu ? 

Adalah tidak baik kalau terjadi perbalahan antara kaum. 

Chinese and Malays.

TERJAH OFFICIAL FB PAGE NAJIB RAZAK DAN BARACK OBAMA SELEPAS PRU13:


Barack Obama official Fb page :


Najib Razak official FB page :

Apa kata rakyat Malaysia :











sekarang dekat laman Twitter trending " Chinese Tsunami " racist,fakta ?


entry unsur2 begini 5 tahun sekali je nak publish, kbye !

Saturday, May 4, 2013

Saya isteri nombor tiga dan politik dalam kampus



Pernah tak ada kes di mana isteri nombor 3 di pujuk oleh madu nombor 2 dan madu nombor 1 untuk merujuk kembali kepada si suami?

Kes ini telah muncul dalam mimpi aku.

Dan aku adalah isteri nombor 3.

Oh no! "saya isteri nombor tiga"

Merepek punya mimpi.
__________________________________


    Sekarang ni musim politik, aku percaya dan yakin setiap dari parti itu membawa ideologis sendiri. Dalam kelas aku ada je yang berkempen untuk parti tertentu termasuklah pensyarah-pensyarah dari sem lepas lagi aku perasan. Mereka sokong parti A, parti B, parti C. Dalam sukatan pengajian tiada pun pasal politik dan tiba-tiba ilmu yang disampaikan berkait politik Malaysia. Bendera politik adalah dilarang sama sekali berkibar di dalam kampus. Menurut pendapat aku, orang berilmu dan berpengaruh akan mudah "mempengaruhi" "menarik"  akan tetapi bergantung kepada individu jugak untuk "terpengaruh" "tertarik". Pemilihan parti politik marcapada bagi aku berdasarkan pemerhatian secara telus , media massa dan faktor latar belakang keluarga serta pengalaman. Konklusinya, buatlah pilihan yang betul dan yakin dengan pilihan anda.

    Akhir sekali aku nak habaq, kalau boleh, janganlah dok sebar fitnah free2 je dapat dosa keghing..nak sebar kebenaran tu takpe, dah nama kebenaran mestilah wajib ada bukti. ulang taip..

"BUKTI"


      Kerana politik kadang-kadang kita alpa yang hubungan sesama manusia ini mempunyai satu ikatan dan hasilnya.. konflik sesama bangsa atau konflik sesama bangsa lain itu terus berleluasa. Lupakah kita bahawa asalnya kita dari Nabi Adam dan Hawa. Lupakah kita bahawa kita semua bersaudara. Renungkan 4 perkara ini: 4 perkara yang menimbulkan  "intergroup conflct"

*prejudice
*stereotype
*discriminate
*sarcastic #eh

Ha.. panjang lagi nak bebel ni tapi berhenti setakat ni je la awak-awak semua.
emosi ni kadang-kadang terlebih sikit, kang tak pasal-pasal buat dosa keghing..termngumpat. Undi adalah rahsia. Salam sejahtera, bye2, berjumpa lagi ^_^

Wednesday, April 10, 2013

KAU FAHAM



rajah berhias



kadang-kadang aku saja cuba
testing testing 1 2 3
cubaan 123 123

ketuk ketuk bergema bunyi

dari situ aku lihat pelbagai warna

merah kuning hijau biru ungu

aku sengih

oh..kau warna hitam rupanya..

reject !

tak sama dengan aku

aku transparent pelbagai warna

#tak semua orang faham, yang pernah mengalami mungkin faham, kau yang berjiwa halus belum tentu faham.. biar aku dan Tuhan saja faham

Saturday, March 30, 2013

TU..ISTERI DIA TU ANAK MURID DIA


ala-ala cenggini la rambutnya

Waktu: Cacamarba
Tema: Realiti dari kenangan
 
 
        Masa tu malam sekitar pukul 10 malam selepas solat Isyak.Tiada bunyi lagu berkumandang dari Sinar FM. Bapak aku merehatkan minda sambil menghembuskan asap rokok di hadapan laman rumah menghadap bukit, manakala kami anak beranak termasuk opah, mak dan adik beradik lain di dalam rumah.
Seperti biasa malam itu tenang. Tiba-tiba mak aku rasa tak sedap hati setelah melihat bapak aku bersama seorang lelaki berambut panjang di hadapan pagar rumah. Entah apa dan kenapa tak tahu. 

 "lelaki itu nak mintak duit untuk beli dadah?"

        Lelaki itu hadir bersama basikal. Mak aku fikir lelaki itu penagih dadah rupanya tanggapan itu salah.
Kata bapak aku, itu sahabat lama dia sewaktu bersekolah dulu. Kiranya berpuluh tahun tak jumpa.Tajam sunggguh pandangan dan memori lelaki itu. Dia masih mengenali bapak aku meskipun cahaya samar-samar gelap.
Aku tanya, "kenapa rambut dia macam tu abah?"

“Rock OO!!!” 

Bapak aku kata, dia memang begitu semenjak dulu lagi. Gila sikit orangnya tapi normal. Pergi sekolah nama je pakai uniform tapi style rock kapak tu masih ada..dan dia sampai sekarang masih tak kahwin lagi, nak masuk 50 tahun dah umurnya. Bujang terlajak.

        Kemudian bapak aku bukak cerita lagi tentang seorang kawan sekampung, pun masih tidak berkahwin lagi. Bapak aku kata dia tak mahu kahwin. Kawan dia yang ini pandai melukis, pandai melakar potret wajah,orang seni.Tapi tak mahu kahwin.*aku rasa cinta pertama dia kena kawin paksa ikut pilihan keluarga


foto hiasan
Sedang berbual dengan opah, opah pulak bukak cerita dan aku pasang telinga. Perbualan antara mak dan anak itu aku dengar. Aku jadi orang bisu tapi tak pekak tuli. Kata opah

"Li ingat tak kawan Li yang nama Ravi (aku kurang pasti,namanya kurang jelas), rumah mak dia terbakar, sekarang mak dia ambil upah memasak dekat Restoran"-opah

"oh dia tu, ingat. Mana dia sekarang?"-abah

"entah, dia tak tinggal sekali dengan mak dia"-opah


        Pagi esoknya, kami sekeluarga bersarapan di sebuah kafe yang ada menyediakan sajian roti canai. Sedang rancak makan, tiba-tiba bapak aku aku disapa seorang lelaki seusianya juga. Lelaki itu bersama isterinya. Aku fikir, mungkin ini kawan sekolah bapak aku jugak.
Tekaan aku betul. Lelaki itu tampak biasa. Rupanya dia seorang yang dihormati, pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Perak. Bapak aku bukak cerita lagi, 

“ tu..isteri dia tu anak murid dia” 

dia kenal dengan isteri dia semasa isteri dia di tingkatan 6.
Tiba-tiba datang si tukang amik order, dicapainya kertas bill atas meja.Kami sekeluarga pelik.Tak habis makan lagi,tak bayar lagi tapi bill dah disambar.
Rupanya, pengetua sekolah belanja kami makan.






JEJAK LU ORANG